Pada zaman dahulu kala, di sebuah sekolah rendah yang aman damai, Minah menulis menggunakan pensil kayu cap kilang gajah (??). Tetapi rakan-rakan sekelas Minah semuanya telah berubah arah dan menggunakan mechanical pensil yg cool lagi menjadi rebutan ramai, yang berjenama pilot dan sheaker. Sudah pasti la, di hati Minah muncul sedikit rasa jeles rakan rakan kelasnya. Tetapi, di sinilah Allah mahu megajar hati Minah supaya sabar dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya.
Apabila Jamilah dan rakan-rakan berhempas pulas study untuk final exam bersama-sama. Mereka bersama-sama membaca lecture notes and textbook sehingga muntah, bersama-sama berhempas pulas berstudy group. Tetapi akhirnya, bila result keluar, semua rakan Jamilah score HD (atau ada orang panggil A+ atau 4 rata (sebut = flat)). Markah Jamilah hanyalah layak berada di atas pagar..huhu. Allah mahu mentarbiyah Jamilah supaya sabar, jangan jeles.. Allah mahu megajar erti syukur. Alhamdulillah pas. Kalau fail mahu pening kepala dibuatnya Jamilah untuk repeat subject berkenaan.
Rakan-rakan Rosnah semuanya dapat bergaya sakan dengan handbag Fossil, dompet Guess, berwasap menggunakan Samsumg S3, dan memakai kasut cap Clark. Tetapi Rosnah manakan mampu nak memakai iphone dan handbag berjenama.Dia masih lagi memakai handbag yang dibelikan ibunya 3 tahun dulu di sebuah pasaraya dan handphone nya pon hanya ada aplikasi basic stuff. Padahal, kadar elaun yang diterimanya sama seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi wang Rosnah banyak disalurkan kepada kegunaan dakwah dan tarbiyah kawasanya….huhu. Allah mentarbiyah hati Rosnah supaya dapat menginfakkan duit kepada Islam terlebih dahulu daripada menggunakan wang untuk memenuhi nafsu shoppingnya. Setiap sen duit yang kita miliki Allah akan tanya kemana perginya. Untuk dakwah dan tarbiyah atau untuk handbag baru ??? hoho
Mungkin Minah, Jamilah dan Rosnah sedang membaca post ini sekarang… Ingatlah walau apa pun yang berlaku dalam hidup kita… tidak cukup sana sini. Duit cukup2 untuk hidup sahaja. Ingatlah, masih ramai saudara-saudara kita lebih tidak cukup, payah untuk makan walaupon sekali sehari. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya. Allah tidak akan menyusahkan kita. Allah nak semua yang kita dapat adalah yang the best. Tinggal kita yang membuat pilihan. Apa yang berlaku, apa yang kita pilih, ada timbangan di akhirat nanti.
"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah." (20: 2-3).
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (5:6)
Jika kita sudah tidak larat untuk mengheret dan menyelesaikan keputarbelitan masalah yang berserabut...
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya." (2:155-157).
p/s: Ini ialah random thought penulis semata-mata. hehe Peace :D