Friday, 20 April 2012

10 Sikap buruk manusia yang dicela manusia

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net dan myibrah.com

Sunday, 15 April 2012

Siapa nak GRADUATE ????




Alhamdulillah, akhir nya berkesempatan untuk join & meraikan graduation seorang kenalan di sini. Ramai yang datang mengucapkan tahniah & mahu bergambar dengannya. Suasana sangat best. Walaupon hanya ada family terdekat dan rakan-rakan bersamanya. Senyuman tidak pernah hilang dari wajahnya. Dengan segulung ijazah yang bakal diterimanya, secara rasmiya menandakan tamatlah pencarian, struggle, perjuangan, tension & stress baca buku untuk exam, tension tak faham soalan assignment, assignment tak cukup references, & banyak lagi la benda-benda yang berkaitan study.

Tapi........takkan semuanya bakal berakhir sejurus selepas kita grduate?

Bagaimanakah dengan perjuangan kita untuk menjadi super daie & individu muslim yg besstt ??

Our life is a big journey as a slave of ALLAH and a khalifah in this world~~

Tidakah kita termimpi-mimpi untuk graduate & memerima buku amalan bertaraf first class honours di tangan kanan bersama-sama dengan kunci Jannah dari ALLAH??

This is the ultimate graduation~

"Maka adapun orang yang catatan amalannya diberikan dari sebelah kanannya. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman dengan gembira" ( Al-Insyiqaq,84:7-9)

So....., tak mengapalah jika kita bersusah payah, pening kepala di dunia. Asalkan dapat bersenang-senang di syurga ALLAH kelak.



Ya ALLAH, hambaMu yang serba kekurangan ini berharap agar dapat graduate sebagai student yang cemerlang & menjadi seorang daie yang beeesssstttt di akhir pengajian di bumi kangaroo ni. HambaMu ni juga lebih and sangat-sangat berharap akan mendapat buku amalan daripadaMu di tangan kanan yang bertaraf first class nanti....Amiin.


Saturday, 14 April 2012

Indahnya AlamNya

Assalamualaikum.

This is my second time menulis kat blog ni. Haish. Rasa malu dan bersalah sangat sebab tak mengimarahkan blog ni walaupon itu tanggungjawab saya. Mianhe everyone =(. Semoga penulisan tahun ni lebih beristiqamah. Doakan saya eh.

Saya nak bercerita pengalaman saya ke Blue Mountain for 2 days (11-12/4/2012). Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan kami. Weather forecast kata both days raining, jadi kami agak risau nak meneruskan jaulah kami. Tapi, kami biarkan Allah uruskan perkara itu memandangkan kami tiada kuasa pon untuk berusaha bagi takde hujan kecuali berdoa. SEGALA puji bagi Allah, walaupon hari tu hujan, kami sampai tempat tu after dh abes ujan atau baru nak hujan, kitorng dh gerak g tempat lain. Memang Allah is the Best. Kami pergi bertiga sahaja walaupon cadangnya nk buat jaulah rumah. Tapi keadaan tidak mengizinkan.


Ni la 2 org lagi housemates saya yang berjaulah bersama-sama.

Ni adalah skyway yg kitorang naik.

Kalau korang rasa skyway tu paling best kat Blue Mountain ni, korang memang silap la. No no no no. The best part of this place is not what humankind made, but what Allah, our Creator made.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Cantik sangat Blue Mountain tu. Meh nak tunjuk gambar. Kalau korang mampu, korang pergila tengok sendiri. Korang akan rasa amaze yang berganda-ganda. Just. WOW. Hebat betul ciptaan Allah.

Nampak tak ada awan warna hitam on one side and white on the other side? Amazing right?

Kalau saya tengok dari pemandangan atas, nampak macam brokoli je hutan2 ni

3 puncak bukit from your right side tu is Three Sisters. Boleh google kalau nak tahu knapa nama dia macam tu.

Lihat gunung-gunung ni teringat ayat:

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang.” (Luqman:10)

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan dan gunung-gunung sebagai pasak?” (An-Naba:7)

Bila korang tengok langit, MasyaAllah. Speechless kan?? Takde part yang cacat pon.

“Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (Al Mulk: 3-4)

Tapi, semua2 benda ni hanya dapat dirasa bila kita menjadi orang yang berfikir mengenai kebesaran Allah. Boleh dengar lagu kumpulan Mirwana 'Hikmah Kembara'. Best sangat.

All in all, I leave you guys with this ayah to ponder and reflect ourselves.

"Katakanlah, "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikalah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu. Katakanlah,"Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. Dan Kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-An'am: 11-13]

Wassalam

Wednesday, 11 April 2012

Nothing...compared to them...

Assalamualaikum akhawat yang disayangi fillah =)....Rase macam lame semua tak update blog ni kan.....dah bersawang dah....cume spiders je takde lagi ;)

hmm..Mane semua ahli2 ZI yg bersemangat menulis blog dulu? Makin lame makin sunyi blog ni...rindu la kat tulisan semua..Jom terus tulis untuk Allah nak? Sampaikan walaupun sikit? Bak kate manusia yg paling hebat dalam dunia, Rasulullah s.a.w- “Balighu anni walau ayah”Sampaikan dariku walaupun satu ayat.....Jom same2 kite sampaikan something walaupun melalui medium ni....Allah tgk usaha kita bukan natijah....Jadi walaupun takde orang baca apa kite tulis, it’s ok, setiap perkataan yg kita tulis dgn niat ikhlas kerana Allah untuk menyampaikan islam walaupun sikit, pahala itu akan berjalan....Sweetnye Allah tu kan =)...Jom ambik peluang tu...

Insya Allah hari ni nk share something

Hmm...baru2 ni ana rase banyak sangat benda yg jadi...banyak sangat yg mengconfusekan fikiran ni....entahlah....kadang2 kite ni tend to rase macam nk lari from masalah...masalah dak’wah ke, masalah banyak sgt nk kene blaja ke, assignment yg bertimbun ke,masalah membahagikan masa, masalah membuat keputusan, etc...Tapi nak taknak kene deal jgk dgn problem....Rasa sgt overwhelmed dgn semua benda...adoii...

Tapi ingatlah, semuanya ade solution....Banyakkan doa dekat Allah dengan ikhlas hati, minta Allah beri guidance kat kita dalam buat sesuatu keputusan, selesaikan problem....sbbnye manusia ni lemah, kene uji sikit dh lemah, prone to make the wrong desicion & selalu confuse... Jadi please ask Allah for help & carilah ape2 wasilah & berusaha untuk selesaikan prob tu....

Pointnye dekat sini, problem kite ni KECIK je kalau nk dicomparekan dengan Muslim brothers and sisters kite dekat Palestin, Tunisia, Mesir, Syria, Bahrain...etc.... Setiap masa mereka berjihad, setiap masa mereka dalam ketakutan, menunggu saat nyawa hilang, ditindas, dicabul, diseksa, hidup dalam kelaparan, takde keselesaan, takde kebebasan, apatah lagi nk duduk dgn aman macam kite ni...MASALAH mereka ialah untuk menegakkan islam, perjuangkan hak umat Islam, membangkitkan Islam...MASALAH kita? Hanya berkisar tentang diri sendiri?? our problem is NOTHING compared to them... Selfishnye kite ni kalau kita berdiam diri, hnya fikir masalah sendiri.....Kenapa nk mengeluh? Kenapa nk mengeluh? Kenapa nk mengeluh?

Allah uji kite sebab Allah sayang kita, nk kita jadi lagi kuat & Allah nk berikan kita syurga, Ujian yang kita dapat pun tak sebesar mane compared to brothers & sisters kite yg telah bermandi air mata, peluh dan darah untuk Islam...

Mereka berjuang bermati-matian untuk islam takkan kita nk relax je? takkan buat kerja dakwah sikit dh penat, dah takde masa, dah rase buat banyak & nak claim bantu agama Islam ??? Owh malunye =(

Teringat ayat ni

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali-Imran: 142)

Jom kita fikirkan problem yg lebih besar, masalah umat, sbbnye kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri, kita kene hidup untuk ummat macam rasulullah yg sentiasa fikirkan tentang ummat dan berbuat sesuatu untuk ummat hinggalah ke akhir hayat baginda...Kita?? adakah masih hanya fikir tentang diri sendiri & masalah sendiri?

Jadi, kite mula dulu dengan diri masing2...UBAHLAH DIRI KITA! Ubah diri kita menjadi seorang yang lebih serius bekerja, lebih ikhlas, lebih matang, lebih baik dan lebih sensitif dalam masalah umat...Seperti kata Imam Hassan Hudhaibi "Tegakkan Islam dalam dirimu, niscaya akan tertegaklah Islam di sekelilingmu".

Ana ingin menyeru diri ana dan semua akhawat yang ana kasihi "Perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain"....Kalau kita buat program, bantu hal2 dakwah tapi kalau dalam diri sendiri masih kurang tarbiyyah, masih tak berusaha nk berubah, apa yang kita nk sampaikan sebenarnye?Macam mane diri sendiri nk claim bawa Islam/ menyampaikan Islam kalau diri sendiri tak betul2 berusaha nk amalkan Islam? Reflect2 la ye.....

“Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak ~. Perbaiki dirimu dan serulah orang lain”

Jom berusaha! & jangan lupe untuk doakan juge saudara2 Islam kita di sana

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Rasulullah saw juga telah bersabda

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.

(Hadith riwayat Bukhari)

Wallahualam

Saturday, 4 February 2012

Resepi kejayaan dalam dakwah

Assalamulaikum akhawat yang disayangi fillah <3 =)...

Ana baru je baca satu article ni, jadi nk share dgn antunna semua =)...Agak panjang, kalau malas nk bace, takpe...Tgk conclusion je k ;)...conclusion kat bawah...ana ada bagi list resepi yg best!...bace la ye (^_^)...hehehe

"Tidak dinafikan bahawasanya pada hari ini gerakan-gerakan dakwah tumbuh di bumi Allah bagai cendawan lepas hujan. Rata-rata gerakan-gerakan dakwah di dunia ini datang dengan pelbagai manhaj dan kaedah yang berbeza-beza menurut pandangan dan ijtihad masing-masing. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan adanya hidayah pertolongan dari Yang Maha Esa maka wujudlah kumpulan-kumpulan ini. Kumpulan-kumpulan yang berdiri di atas paksi Ilahi yang berbenakan La Ilaha Illallah. Agar suatu hari nanti nasib setiap jiwa muslim di seluruh sudut Bumi ini terbela.

Memacu sesebuah gerakan dakwah agar sentiasa mantap dan tidap berlaku kemunduran dari segi kualiti memerlukan pengamalan kepada beberapa prinsip. Penekanan terhadap prinsip-prinsip ini adalah perlu dalam memastikan generasi pelapis akan terus berkualiti dan tidak bergantung kepada generasi senior sahaja.

Yang pertama adalah gerak kerja yang tersusun. Di dalam melaksanakan amal kerja dakwah adalah perlu bagi suatu organisasi bagi membina suatu gerak kerja yang tersusun dan terancang. Gerak kerja yang terancang dan tersusun menjamin aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh kumpulan dakwah tersebut berjalan lancar dan mampu meningkatkan keberkesanan dakwah itu sendiri.

Contoh yang paling baik adalah dengan melihat sendiri bagaimana tersusunnya dakwah Rasulullah. Dakwah Rasulullah terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu dakwah di Mekah dan dakwah di Madinah. Pertama sekali dakwah di Mekah. Di Mekah, dakwah Rasulullah berpecah kepada dua bahagian lagi. Bahagian pertama adalah dakwah secara sir dan bahagian kedua adalah dakwah secara terang-terangan. Selama tiga tahun dakwah Rasulullah adalah secara sir. Signifikannya dakwah secara sir ini adalah bagi membina satu golongan pekat yang akan mendukung perjuangan Rasulullah apabila berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini, penekanan adalah dari aspek tauhid sahaja. Dengan asas tauhid yang kukuh, maka tidak ada tolak ansur untuk mana-mana individu meninggalkan jahiliyah serta menyerahkan jiwa dan nyawa di jalan Allah. Setelah menggunakan masa selama tiga tahun membina tulang belakang dakwah Rasulullah, maka mulalah Rasulullah berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini Rasulullah sudah punya jundi seperti Abu Bakar Assidiq, Umar Al-Khattab, Bilal Bin Rabbah dan ramai lagi. Mereka ini adalah jundi-jundi pekat yang sanggup bergadai nyawa untuk Islam. Kemudian, dakwah Rasulullah diteruskan dengan jemputan ke Madinah. Di Madidah, Rasulullah sudah punya asas yang kukuh. Maka, mulalah Islam itu diterapkan ke dalam jiwa masyarakat dengan fiqh ataupun hokum. Contohnya, larangan meminum arak, tayamum zina dan sebagainya. Maka, dengan kaedah ini dilihat Rasulullah Berjaya membina kekuatan sebuah Negara Madinah. Buktinya, negara ini bukan sahaja menang dalam perang Badr, tetapi berjaya menggegar dan menakutkan kuasa besar Rom dalam Perang Tabuk. Ini adalah hasil dari dakwah Rasulullah yang tersusun selama 23 tahun.

Firman Allah di dalam Surah As-Saff 61:4

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya pada barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kukuh.

Yang kedua adalah Jihad Fi Sabeelillah. Jihad dan semangat juang yang tinggi dan berterusan amat penting bagi memastikan perjuangan itu berkekalan dan tidak putus di tengah jalan. Semangat jihad terutamanya yang datang dari kalangan pemuda akan menggerakkan sesebuah organisasi untuk terus menyebarkan dan menegakkan Islam melalui manhaj-manhaj yang tersendiri.Di dalam surah Al-Baqarah ayat 193 Allah menyuruh manusia untuk melaksanakan jihad berterusan melalui firmannya yang berbunyi;

Dan perangilah meraka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata-mata. Jika mereka berhenti, maka tidak adal lagi permusuhan kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Contoh yang paling sesuai untuk ini adalah ketika perang yarmuk. Ketika perang yarmuk tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid. Ketika perang yarmuk tentera muslim yang terlibat adalah seramai 46 ooo berhadapan dengan tentera Romawi seramai 240000. Seperti yang diketahui, Rom mempunya pasukan tentera yang sangat hebat sama ada dari segi kekuatan fizikal mahupun kelengkapan senjata. Berbeza dengan Rom, tentera muslim datang dalam keadaan yang kurang terlatih untuk berperang dan kurang kelengkapan senjata. Namun, bekalan yang paling penting adalah niat kerana Allah Taala. Behadapan dengan suatu kuasa tentera yang gigantic tidak melemahkan semangat jihad Khalid. Namun, apa yang dilakukan adalah dengan membahagikan tentera-tentera muslim kepada 40 bahagian berasingan sehingga menampakkan mereka seolah-olah lebih ramai dari tentera musuh. Sungguh, perang itu berlangsung. Dan akhirnya, berkat semangat jihad fi sabeelillah tentera Islam dan Khalid sendiri maka kemenangan berpihak kepada umat Islam. Siapa sangka siapa duga, orang arab yang suatu ketika dahulu hanya dikenali sebagai bangsa yang memburu biawak dengan selipar punya semangat juang yang tinggi sehingga mampu mengalahkan gergasi-gergasi dari Rom. Malah, ketika Abu Ubaidah membunuh Gregory, ketua tentera Rom, beliau terpaku sejenak melihat kegergasian tubuh ketua tentera Rom itu. Maka, dari situ pengajaran yang dapat diambil adalah bertapa pentingnya semangat jihad yang tidak pernah akan putus dan tidak akan menyerah kalah kepada sebarang ancaman dalam menggerakkan organisasi atau badan dakwah. Percayalah wahai teman, tidak mustahil kalian juga punya peluang untuk menumbangkan Amerika!!

Yang ketiga adalah kebergantungan kepada Allah. Ramai yang tidak setuju akan kedudukan unsur ini pada tempat yang ketiga. Saya meletakkan unsur ini pada tempat yang ketiga kerana biasanya unsur pertama dan kedua sudah terdapat dan diamalkan dalam mana-mana badan dakwah. Namun, hilang kebergantungan kepada Allah. Doa dan tawakal seringkali dilupakan. Padahal setiap yang berjuang itu tahu bahawa kejayaan itu milik Allah dan Allah lah yang mendatangkan kejayaan kepada para pejuang. Apalah gunanya lidah melaungkan kalimah La Ilaha Illallah namun tidak dihayati kalimah itu sedalamnya. Doa itu penting. Untuk doa seseorang diterima, perlulah dihindari perbuatan yang menjerumus kepada dosa dan kemungkaran. Mana mungkin doa diterima jika ada sisa-sisa dosa pada hati. Maka perlu dijaga hati dari maksiat dan dosa.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal 8:46

Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar.

Suruhan untuk mentaati Allah dan Rasul itu amat penting terutamanya kepada para pejuang yang berada di jalanNya. Qudwah hasanah harus sentiasa dipamerkan agar keberlangsungan dakwah





Conclusionnye, Alhamdulillah, from this article, ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat berdasarkn sirah/sejarah itu sendiri(proven)- Jadi, untuk berjaya dalam dakwah & terus tsabat di jalan ini, Insya Allah resepinye ialah.....jeng jeng jeng mula2....

1) Sediakan "Strategi yang teratur dan tersusun"
2) Masukkan "Semangat juang yang tinggi- tak mudah putus asa & mengaku kalah"
3) Campurkan "Niat yang benar + Pergantungan tinggi kepada Allah"
4) Gaulkan "kesabaran ke dalam hati"
5) Tambahkan "ibadah- sunnah, qiam etc..."
6) Banyakkan "Berdoa kepada Allah"
7) Jangan lupe juge untuk "Menjaga diri dari maksiat"

Bila dah ade semua bahan2 ni baru la cukup rasenye...hhehehe....kalau tak cukup, mungkin dakwah kite ni rasenye hambar, masam, masin ...etc2

Kalau dh cukup bahan semua..."poof " Insya Allah, Allah akan berikan kejayaan kepada kita semua! =)

Jadi, sama2 lah kita menggunakan resepi ni ye, Insya Allah =)....Kalau tak cukup lagi bahan resepi ni, berusahalah kita sama2 untuk cukupkan...Selamat berusaha dan beramal ya akhawat yang disayangi fillah. Sebenarya kita yg perlukan dakwah. Dakwah tak perlukan kita sedikit pun. Kalau kita tak mahu buat, ramai lagi orang kat dunia yg taatkn Allah akan buat. Kalau tak buat, kitalah yg rugi....huhu...Muhasabah mode....

"Fazakkir in nafa'atiz zikraa", "Oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat" (87:9)

Wallahualam

*Aku Hanya Manusia*

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..^_^

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui" - (Al-Anfal:53)

Aku hanya manusia??? 

Manusia selalu dikaitkan dgn perubahan. Perubahan pulak selalu dikaitkan dengan perilaku. Betul tak? Ada perubahan baik dan sebaliknya. Perubahan akan berlaku bila ada benda yg triggered manusia itu. Contoh, bila ada someone ni before this seorang yang jahat (selalu tinggal solat, melakukan larangan Allah, etc) and berubah menjadi baik pabila one of his/her family meninggal di sebabkan dia. From that time, dia terus berubah menjadi seorng yang patuh pada Allah. 



Tadi tiba-tiba tangan di terasa nak tengok youtube dan terjumpa video ni. Betul la sifat manusia. Bila waktu senang, kita jarang nak ingat pada Allah. Dan bila kita ditimpa musibah, barulah kita mencari Allah. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari golongan ini. Biar la kita menjadi seorang hamba yang sentiasa mengingati kepada pencipta-Nya. Dan terus berubah menjadi yang lebih baik kerana-Nya..=)




Tuesday, 17 January 2012

Nilai Sebuah Tangisan

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama saya tidak menulis di blog ni.. Selepas membaca emel daripada mak , terlintas di fikiran mengenai blog ini.. Di sini ada sedikit renungan yg mak saya sampaikan melalui emel saya untuk kita kongsikan bersama..

Sungguh, setelah membaca artikel ini sy sedih dgn sikap sy sebelum ini.. Harapnya artikel ini boleh melembutkan jiwa-jiwa kita ini..InsyaAllah..=)





http://citraningrum.files.wordpress.com/2009/01/tears.jpg

Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi.

Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi.
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi.

Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika aku katakan hatiku adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Namun hatiku sungguh keras. Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul. Hati ini tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. 

Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.
Al baqarah 7
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat” ( Al-Baqarah: Ayat 7)

Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. ‘Cirrhosis’ jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. 

Teringat Firman Allah
al bawarah 10
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta” ( Al – Baqarah : Ayat 10)

Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku sebagai ujian penuh hikmah. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, Air Mata lah yang menjadi suri peneman hidup. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan di tengah orang ramai. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat kekelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bias ternampak oleh rakan-rakan. Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu kufaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu depan mata, tapi aku tidak mampu merasainya.

Namun, tangisan ku hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat. Dia bertanya padaku, “Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?” Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan “ Untuk siapa kau rasa?” dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?

Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu “ Mengapakah kau menangis?”. Jawabnya, “ Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis”.

Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, tangisku untuk siapakah? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.

Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.

Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.

Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan ia dengan tangisan menghadap Ilahi. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar tumpah air mata di medan perjuangan ini, bukan kerana Sedih dan Putus asa, tetapi kerana Kasih dan Cinta. Kerana nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu besarnya seperti darah syuhada’ yang mengalir dan dakwat para ilmuan yang. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. 

"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Nya."