Saturday, 4 February 2012

Resepi kejayaan dalam dakwah

Assalamulaikum akhawat yang disayangi fillah <3 =)...

Ana baru je baca satu article ni, jadi nk share dgn antunna semua =)...Agak panjang, kalau malas nk bace, takpe...Tgk conclusion je k ;)...conclusion kat bawah...ana ada bagi list resepi yg best!...bace la ye (^_^)...hehehe

"Tidak dinafikan bahawasanya pada hari ini gerakan-gerakan dakwah tumbuh di bumi Allah bagai cendawan lepas hujan. Rata-rata gerakan-gerakan dakwah di dunia ini datang dengan pelbagai manhaj dan kaedah yang berbeza-beza menurut pandangan dan ijtihad masing-masing. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan adanya hidayah pertolongan dari Yang Maha Esa maka wujudlah kumpulan-kumpulan ini. Kumpulan-kumpulan yang berdiri di atas paksi Ilahi yang berbenakan La Ilaha Illallah. Agar suatu hari nanti nasib setiap jiwa muslim di seluruh sudut Bumi ini terbela.

Memacu sesebuah gerakan dakwah agar sentiasa mantap dan tidap berlaku kemunduran dari segi kualiti memerlukan pengamalan kepada beberapa prinsip. Penekanan terhadap prinsip-prinsip ini adalah perlu dalam memastikan generasi pelapis akan terus berkualiti dan tidak bergantung kepada generasi senior sahaja.

Yang pertama adalah gerak kerja yang tersusun. Di dalam melaksanakan amal kerja dakwah adalah perlu bagi suatu organisasi bagi membina suatu gerak kerja yang tersusun dan terancang. Gerak kerja yang terancang dan tersusun menjamin aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh kumpulan dakwah tersebut berjalan lancar dan mampu meningkatkan keberkesanan dakwah itu sendiri.

Contoh yang paling baik adalah dengan melihat sendiri bagaimana tersusunnya dakwah Rasulullah. Dakwah Rasulullah terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu dakwah di Mekah dan dakwah di Madinah. Pertama sekali dakwah di Mekah. Di Mekah, dakwah Rasulullah berpecah kepada dua bahagian lagi. Bahagian pertama adalah dakwah secara sir dan bahagian kedua adalah dakwah secara terang-terangan. Selama tiga tahun dakwah Rasulullah adalah secara sir. Signifikannya dakwah secara sir ini adalah bagi membina satu golongan pekat yang akan mendukung perjuangan Rasulullah apabila berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini, penekanan adalah dari aspek tauhid sahaja. Dengan asas tauhid yang kukuh, maka tidak ada tolak ansur untuk mana-mana individu meninggalkan jahiliyah serta menyerahkan jiwa dan nyawa di jalan Allah. Setelah menggunakan masa selama tiga tahun membina tulang belakang dakwah Rasulullah, maka mulalah Rasulullah berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini Rasulullah sudah punya jundi seperti Abu Bakar Assidiq, Umar Al-Khattab, Bilal Bin Rabbah dan ramai lagi. Mereka ini adalah jundi-jundi pekat yang sanggup bergadai nyawa untuk Islam. Kemudian, dakwah Rasulullah diteruskan dengan jemputan ke Madinah. Di Madidah, Rasulullah sudah punya asas yang kukuh. Maka, mulalah Islam itu diterapkan ke dalam jiwa masyarakat dengan fiqh ataupun hokum. Contohnya, larangan meminum arak, tayamum zina dan sebagainya. Maka, dengan kaedah ini dilihat Rasulullah Berjaya membina kekuatan sebuah Negara Madinah. Buktinya, negara ini bukan sahaja menang dalam perang Badr, tetapi berjaya menggegar dan menakutkan kuasa besar Rom dalam Perang Tabuk. Ini adalah hasil dari dakwah Rasulullah yang tersusun selama 23 tahun.

Firman Allah di dalam Surah As-Saff 61:4

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya pada barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kukuh.

Yang kedua adalah Jihad Fi Sabeelillah. Jihad dan semangat juang yang tinggi dan berterusan amat penting bagi memastikan perjuangan itu berkekalan dan tidak putus di tengah jalan. Semangat jihad terutamanya yang datang dari kalangan pemuda akan menggerakkan sesebuah organisasi untuk terus menyebarkan dan menegakkan Islam melalui manhaj-manhaj yang tersendiri.Di dalam surah Al-Baqarah ayat 193 Allah menyuruh manusia untuk melaksanakan jihad berterusan melalui firmannya yang berbunyi;

Dan perangilah meraka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata-mata. Jika mereka berhenti, maka tidak adal lagi permusuhan kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Contoh yang paling sesuai untuk ini adalah ketika perang yarmuk. Ketika perang yarmuk tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid. Ketika perang yarmuk tentera muslim yang terlibat adalah seramai 46 ooo berhadapan dengan tentera Romawi seramai 240000. Seperti yang diketahui, Rom mempunya pasukan tentera yang sangat hebat sama ada dari segi kekuatan fizikal mahupun kelengkapan senjata. Berbeza dengan Rom, tentera muslim datang dalam keadaan yang kurang terlatih untuk berperang dan kurang kelengkapan senjata. Namun, bekalan yang paling penting adalah niat kerana Allah Taala. Behadapan dengan suatu kuasa tentera yang gigantic tidak melemahkan semangat jihad Khalid. Namun, apa yang dilakukan adalah dengan membahagikan tentera-tentera muslim kepada 40 bahagian berasingan sehingga menampakkan mereka seolah-olah lebih ramai dari tentera musuh. Sungguh, perang itu berlangsung. Dan akhirnya, berkat semangat jihad fi sabeelillah tentera Islam dan Khalid sendiri maka kemenangan berpihak kepada umat Islam. Siapa sangka siapa duga, orang arab yang suatu ketika dahulu hanya dikenali sebagai bangsa yang memburu biawak dengan selipar punya semangat juang yang tinggi sehingga mampu mengalahkan gergasi-gergasi dari Rom. Malah, ketika Abu Ubaidah membunuh Gregory, ketua tentera Rom, beliau terpaku sejenak melihat kegergasian tubuh ketua tentera Rom itu. Maka, dari situ pengajaran yang dapat diambil adalah bertapa pentingnya semangat jihad yang tidak pernah akan putus dan tidak akan menyerah kalah kepada sebarang ancaman dalam menggerakkan organisasi atau badan dakwah. Percayalah wahai teman, tidak mustahil kalian juga punya peluang untuk menumbangkan Amerika!!

Yang ketiga adalah kebergantungan kepada Allah. Ramai yang tidak setuju akan kedudukan unsur ini pada tempat yang ketiga. Saya meletakkan unsur ini pada tempat yang ketiga kerana biasanya unsur pertama dan kedua sudah terdapat dan diamalkan dalam mana-mana badan dakwah. Namun, hilang kebergantungan kepada Allah. Doa dan tawakal seringkali dilupakan. Padahal setiap yang berjuang itu tahu bahawa kejayaan itu milik Allah dan Allah lah yang mendatangkan kejayaan kepada para pejuang. Apalah gunanya lidah melaungkan kalimah La Ilaha Illallah namun tidak dihayati kalimah itu sedalamnya. Doa itu penting. Untuk doa seseorang diterima, perlulah dihindari perbuatan yang menjerumus kepada dosa dan kemungkaran. Mana mungkin doa diterima jika ada sisa-sisa dosa pada hati. Maka perlu dijaga hati dari maksiat dan dosa.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal 8:46

Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar.

Suruhan untuk mentaati Allah dan Rasul itu amat penting terutamanya kepada para pejuang yang berada di jalanNya. Qudwah hasanah harus sentiasa dipamerkan agar keberlangsungan dakwah





Conclusionnye, Alhamdulillah, from this article, ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat berdasarkn sirah/sejarah itu sendiri(proven)- Jadi, untuk berjaya dalam dakwah & terus tsabat di jalan ini, Insya Allah resepinye ialah.....jeng jeng jeng mula2....

1) Sediakan "Strategi yang teratur dan tersusun"
2) Masukkan "Semangat juang yang tinggi- tak mudah putus asa & mengaku kalah"
3) Campurkan "Niat yang benar + Pergantungan tinggi kepada Allah"
4) Gaulkan "kesabaran ke dalam hati"
5) Tambahkan "ibadah- sunnah, qiam etc..."
6) Banyakkan "Berdoa kepada Allah"
7) Jangan lupe juge untuk "Menjaga diri dari maksiat"

Bila dah ade semua bahan2 ni baru la cukup rasenye...hhehehe....kalau tak cukup, mungkin dakwah kite ni rasenye hambar, masam, masin ...etc2

Kalau dh cukup bahan semua..."poof " Insya Allah, Allah akan berikan kejayaan kepada kita semua! =)

Jadi, sama2 lah kita menggunakan resepi ni ye, Insya Allah =)....Kalau tak cukup lagi bahan resepi ni, berusahalah kita sama2 untuk cukupkan...Selamat berusaha dan beramal ya akhawat yang disayangi fillah. Sebenarya kita yg perlukan dakwah. Dakwah tak perlukan kita sedikit pun. Kalau kita tak mahu buat, ramai lagi orang kat dunia yg taatkn Allah akan buat. Kalau tak buat, kitalah yg rugi....huhu...Muhasabah mode....

"Fazakkir in nafa'atiz zikraa", "Oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat" (87:9)

Wallahualam

*Aku Hanya Manusia*

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..^_^

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui" - (Al-Anfal:53)

Aku hanya manusia??? 

Manusia selalu dikaitkan dgn perubahan. Perubahan pulak selalu dikaitkan dengan perilaku. Betul tak? Ada perubahan baik dan sebaliknya. Perubahan akan berlaku bila ada benda yg triggered manusia itu. Contoh, bila ada someone ni before this seorang yang jahat (selalu tinggal solat, melakukan larangan Allah, etc) and berubah menjadi baik pabila one of his/her family meninggal di sebabkan dia. From that time, dia terus berubah menjadi seorng yang patuh pada Allah. 



Tadi tiba-tiba tangan di terasa nak tengok youtube dan terjumpa video ni. Betul la sifat manusia. Bila waktu senang, kita jarang nak ingat pada Allah. Dan bila kita ditimpa musibah, barulah kita mencari Allah. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari golongan ini. Biar la kita menjadi seorang hamba yang sentiasa mengingati kepada pencipta-Nya. Dan terus berubah menjadi yang lebih baik kerana-Nya..=)




Tuesday, 17 January 2012

Nilai Sebuah Tangisan

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama saya tidak menulis di blog ni.. Selepas membaca emel daripada mak , terlintas di fikiran mengenai blog ini.. Di sini ada sedikit renungan yg mak saya sampaikan melalui emel saya untuk kita kongsikan bersama..

Sungguh, setelah membaca artikel ini sy sedih dgn sikap sy sebelum ini.. Harapnya artikel ini boleh melembutkan jiwa-jiwa kita ini..InsyaAllah..=)





http://citraningrum.files.wordpress.com/2009/01/tears.jpg

Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi.

Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi.
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi.

Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika aku katakan hatiku adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Namun hatiku sungguh keras. Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul. Hati ini tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. 

Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.
Al baqarah 7
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat” ( Al-Baqarah: Ayat 7)

Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. ‘Cirrhosis’ jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. 

Teringat Firman Allah
al bawarah 10
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta” ( Al – Baqarah : Ayat 10)

Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku sebagai ujian penuh hikmah. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, Air Mata lah yang menjadi suri peneman hidup. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan di tengah orang ramai. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat kekelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bias ternampak oleh rakan-rakan. Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu kufaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu depan mata, tapi aku tidak mampu merasainya.

Namun, tangisan ku hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat. Dia bertanya padaku, “Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?” Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan “ Untuk siapa kau rasa?” dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?

Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu “ Mengapakah kau menangis?”. Jawabnya, “ Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis”.

Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, tangisku untuk siapakah? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.

Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.

Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.

Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan ia dengan tangisan menghadap Ilahi. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar tumpah air mata di medan perjuangan ini, bukan kerana Sedih dan Putus asa, tetapi kerana Kasih dan Cinta. Kerana nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu besarnya seperti darah syuhada’ yang mengalir dan dakwat para ilmuan yang. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. 

"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Nya."




Friday, 7 October 2011

Rasulullah saw: "Beruntung Suhaib, Beruntung Suhaib".

He was born surrounded by comfort and luxury. His father was the governor of Al Uballah and its ruler on behalf of the Persian king, and was one of the Arabs who emigrated to Iraq long before Islam. In his palace on the bank of Euphrates, next to Mosul, the child lived happily and comfortably. One day the country was attacked by the Romans (Byzantines) who captured a large number and enslaved the boy Suhaib lbn Sinaan. (Also known as Suhaib Rumi (from ROME) )

He was taken by slave traders until finally his long journey ended in Makkah. There he was sold to `Abd Allah lbn Jud'aan, after having spent his childhood and most of his youth in Roman lands, where he adopted their language and dialect.

His master was so amazed by his intelligence, energy, and sincerity that he emancipated him and set him free, giving him the privilege to trade with him.

One day.. . let his friend `Ammaar Ibn Yaasir (ra) tell us what happened on that day: I met Suhaib lbn Sinaan in front of the door of Daar Al-Arqam when the Prophet (PBUH) was there. I asked, "What do you want?" He answered, "And what do you want?" I said, "I want to meet Muhammad (PBUH) to hear what he is saying." He said, "I want the same." We both entered and met the Prophet (PBUH), who invited us to embrace Islam.






Mari kita sambung dengan cerita sebenar yang kita nak cerita....:-

Waktu peghijrahan ke Madinah, Suhaib al-Rumi di jumpai oleh para kafir Quraisy dan berkata " Kamu semasa datang ke sini sebagai seorang tidak berharta, kemudian harta kamu menjadi banyak dan menjadi orang yang tebilang, kini kamu hendak keluar dari sini dengan membawa diri kamu sekali dengan harta-harta kamu yang kamu kumpulkan disini? Ini tak mungkin berlaku!!" Jawab Suhaib " Apa pendapat kamu semua, kalau aku serahkan semua harta ku kepada kamu? Boleh tak kamu beri laluan kepada ku?" Jawab mereka sebulat suara :Ya!!! Kata Suhaib : Sekarang aku serahkan hartaku kepada kamu". Cerita mengenai Suhaib ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw : ujar Rasulullah saw : " Beruntung Suhaib, beruntung Suhaib".

Maka turu ayat : "Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya". (2:207)

SubhanaAllah!!...Malunye kalau nak bandingkan diri kite ni dengan para sahabat, tapi inshaAllah selagi ada usaha ke sana..inshaAllah sentiasa diberkatiNya, sesunggunya Allah itu Maha Mengetahui.


From-http://www.crescentyouth.com/board/showthread.php?t=16379 and ALRAHEEQ AL MAKHTUM

Thursday, 29 September 2011

UNTITLED?

Assalammualaikum,

Alahai segannyalah aku nak mengaku yang ini baru kali kedua aku check blog neyh. Ahhhh... buat segan aje.. haha.. Aku taklah pandai nak tulis panjang lebar pasal agama. Terkial- kial la pulak nak cari the right verse for the right story. First time datang kat Newcastle, terkejut aku tgk orang refer ayat Al- Quran straight away! Tak payah check- check!....

Dalam hatiku....

" Waaahhhhh, hebatnya mereka neyh... kira kalau mati esok pown adelah yang nak dibawak sekali. Aku? Apa yang aku ade? Haizzz... setakat Inna A'toina Kal Kauthar tu ingatlah jugak... Berapa kali aku khatam Al- Quran, tapi baru aku sedar yang sebenarnya Surah Muhammad tu wujud! Ohhh... aku tau bacaan- bacaan basics dalam solat, tapi entah apa yang aku baca pown aku tak tahulah.... Aku tau aje soal pahala yang berganda- ganda jika membaca Ayat- Ayat Allah, alahai tapi berat sungguh lidah ini ingin mengikut sekali... Hatiku bagaikan terpenjara" (Maaflah terjiwang karat pulak, nak develop the right emotions neyh..haha )

Alhamdullilah aku ditemukan dengan akhawat. Memang terkedek-kedek aku memulakan perjalanan ini. Ilmu tak cukup di dada, akhlak yang compang-camping- tapi hatiku masih teringin utk turut serta berdakwah...

Iman manusia memang ada turun naiknya. Minggu ini sebenarnya terlalu berat untuk aku. Masalah demi masalah datang menimpa. Setakat assignments bukanlah alasanku. Ingin sekali aku lari dari semua yang ada disini. Bab berkongsi masalah ini bukanlah kepakaranku. Ingin sekali, aku menangis dibahu Mama saat ini. Tapi, apakan dayaku? Tinggi sungguh egoku! Tak standardlah nak menangis seperti perempuan hilang suami. Tak cool,tau... =.=

Aku menangis seorang diri sekali lagi di bawah selimut ( kiranya ini mengadulah namanya,kan? oppps!). Lemah sungguh hati kecil ini. Ada aku terfikir untuk makan ubat tidur banyak- banyak. I should just end it- my life.

Allah Maha Kuasa, dia berikan aku sedikit cahaya... Aku memandang kertas yang kutampal didinding bilikku. Entah mengapa, tergerak hatiku untuk membaca...

He said : " I complain my distress and grief to Allah alone and I know from Allah what you do not know." ( Yusuf, 12:86)

Hati ini tersentak seketika." Lupakah aku pada Tuhanku? Di mana letaknya kepercayaanku terhadap-Nya saat hatiku hilang dek masalah yang melanda. Lupakah aku pada kuasa- Nya. Astaghfirullah! Allahu Akbar! Maha Suci Tuhan yang mentadbir seluruh alam! Serta- merta air mataku bergenang di tubir mata. Betapa manisnya cinta Allah, hinggakan aku, hamba yang sering lupa pada-Nya pun diberikan kekuatan untuk terus bertahan... apatah lagi akhawat yang dikasihi sekalian. "

Sudah panjang lebar aku bercerita, tapi apa yang aku cuba sampaikan ialah satu peringatan penuh dengan kasih sayang. Sesukar mana sekalipun hari- hari kita, ingatlah Dia lah yang Maha Kuasa dan kepada-Nyalah kita kembali.... Insya-Allah





Wednesday, 28 September 2011

Blaja rajin2 & stay up untuk ape ye???

Assalamualaikum akhawat fillah

Entry kali ni untuk renungan kita bersama yg bergelar student ni =)

Prasan tak kadang2 kita sanggup stay up & sanggup tk tido demi untuk siapkan assignment @ sangup tido lambat sgt untuk belajar especially bila exam dah dekat sgt2....betul tak?............
ok, betul la tu ;)

Semangat untuk belajar tu bagus...tak dinafikan...Tapi apa yg menyebabkn kita semangat dlm belajar ye? Kalau semangat tu untuk keduniaan, untuk jadi orang yg kaya, berpangkat tinggi, @ untuk bangga diri- " Kalau aku dpt markah tinggi nnti semua respect aku, bole bangga2 dgn kawan & adik2....rasa up skit" @ pun untuk lulus semata2 "supaya tk kena repeat"....& untuk macam2 lagi sebab yg terbuku di hati.....Tapi kalau itulah punca semangat kita...maka rosaklah niat kita, sia2 lah study kita....

Tapi kalau kita belajar untuk hidupkan syariat Nabi Muhammad saw, Untuk Allah yg menuntut umat Islam supaya tuntut ilmu, supaya dengan ilmu yang kita ada menjadikan kita orang yg bersyukur, orang yg dapat mengingati & mengagungkan kebesaran Allah, nescaya akan ada keberkatannya & kebahagiaan ketika kita tuntut ilmu....telahkah anda betulkan niat sebelum buka buku hari ni & sebelum buat sesuatu???

Kita pun dah berjanji dekat Allah yang segala2 yg kita lakukan hanyalah untuk Allah...jadi study, stay up pun mestilah untuk Allah jika kita betul2 mengimani ayat2 Allah contohnya dlm ayat yang biasa kita dengar:

"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM" (6:162)

Betul ke kita beriman dgn ayat ni? sila muhasabah dgn beberapa contoh dibawah

Aku study hari, adakah aku buat kerana Allah? ataupun untuk exam? kalau betul niat untuk Allah, takde la aku nk main2....@ lagha2 sambil study...& kalau betul untuk Allah, mesti aku belajr sungguh2 dari awal...bukan nk dekat exam je....& kalau betul untuk Allah, pasti aku tk lmbat2kan solat semata2 sebab study.

Even dengar lecture @ attend PBL....& belajar ikut Learning target...adakah aku buat kerana Allah? Betul ke kerana Allah? atau pun sbb takut kena ambik attendance @ takut tak dapat nk jawab Learning Targets dalan tutorial?...sbb tu jadi stress giler smpai tk dpt dtg usrah, daurah, etc2....

Aku makan hari ni, adakah aku buat untuk Allah? Kalau betul kerana Allah, makan sedikit pn dh cukup, tk perlu makan lebih2....Tak perlu yg mahal2....asal boleh hidup untuk laksanakan tanggungjawab terhadap Allah.

Lagu/movie yg aku dengar hari ni...adakah untuk Allah? Kalau betul, adekah lagu/movie tu ingatkan aku kat Allah? Ade lagu/ movie tu tambahkan iman aku?

Aku stay up hari ni untuk study....adakah untuk Allah? Kalau study bersungguh berjam2 sampai ke pagi...tapi nk qiam selama sejam @ setengah jam pun susah...betul ke aku stay up kerana Allah? reflect2 balik
Betullah kata2 dlm syair di bawah

"Tidak terpejam mata dalam beberapa malam untuk tujuan selain Allah adalah sia-ia"

Kalau ada yg kita buat bukan untuk Allah,....maknanya kita belum beramal lagi dengan ayat ni.... kena check balik apa yg kita buat, tujuan kita buat sesuatu & reflect & muhasabah balik....check balik niat kita...

Selagi masih hidup & bernyawa jangan pernah putus asa @ rasa lemah untuk menjadi yg lebih baik...Insya Allah...gunalah kesempatan, sedikit waktu yg Allah bagi ini untuk sentiasa menjadi hamba Allah yg lebih baik...Insya Allah

Sekadar peringatan buat diriku yg lemah & untuk saudara2 yang ku sayangi

"semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang taat"...Insya Allah

Wallahualam



Sunday, 25 September 2011

PENTING KE ISTIQAMAH??!!

Daripada Abu 'Amru - Sufian ibn Abdullah r.a. berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Hadis riwayat al-Imam Muslim

Sesungguhnya, istiqamah atas kebenaran ni memang susah. Bayangkan situasi yang mana kita kena pandang ke hadapan sahaja ke arah tujuan kita hidup di dunia ni padahal di kanan dan kiri penuh dengan hiasan duniawi yang memanggil2 kita. Godaan2 duniawi memang dahsyat bagi kita seperti yang Allah terangkan dalam surah Ali 'Imran ayat 14 [3:14]: "dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa...." Begitu juga dengan hasutan2 syaitan yang sentiasa membisikkan ke dalam dada manusia.

Jadi, apa istiqamah ni? Umar al-Khattab kata,

"Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang"

Adalah dituntut bagi seorang mukmin agar sentiasa mengambil berat soal iman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan iman yang didakwa itu. Istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad. Ramai orang Islam yang hanya mengaku beriman namun gagal istiqamah menunaikan tuntutan iman tersebut. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan islamnya tanpa berfalsafah. Amal dan istiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

Allah berfirman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan"
[11:112]

"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka"
[42:15]

Ayat2 ini memerintahkan kita untuk selau beristiqamah sebagaimana yang diperintahkan tanpa terpengaruh sedikit pun oleh hawa nafsu dan tidak terkeluar daripada kebenaran.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).

Antara kelebihan2 istiqamah adalah:

  • diperluas/dipermudahkan rezeki di dunia
  • diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan
  • dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga
  • didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga)
Jadi, bagaiman kita boleh pupuk sikap istiqamah dalam diri kita? Ada beberapa faktor yang boleh mendorong sikap istiqamah dalam ibadah kita.
  • ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut
  • bersahabat dengan orang yang istiqamah
  • menghayati sirah2 orang2 yang istiqamah
  • mujahadah melawan nafsu
  • doa memohon pertolongan Allah
Tapi, janganlah tergesa2 dalam melakukan ibadah. Sesungguhnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan tersebut menyababkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.

peringatan untuk diri sendiri dan akhawat yang disayangi....>,<