Tuesday, 23 August 2011

~Kemanisan 10 Malam Terakhir~


"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” 
[Al-Qadar : 1-5]

Berdasarkan ayat di atas kita dapat tau bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Huiiisssyyyy, best ye kan.

Sedar tak sedar kita sedang melalui 10 malam terakhir dalam Ramadhan niiii!!! Korang semua camne??? Apa preparation korang? Adakah still melayan cerita korea dr pagi sampai malam? lagu-lagu yg melalaikan? berhuahua tak tentu hala? (reflect diri sendri ni..hehe). Sebernarnya banyak lagi perkara yang melalaikan diri ini. Tetapi dengan kedatangan Ramadhan kali, lagi-lagi dalam 10 malam terakhir ini kita jadikan nya sebagai turning point untuk kita sama-sama throw out segala perkara yang melalaikan hati kita ini. Basically kita tahu manusia ini bukan senang untuk berubah, tapi jka tidak berubah sekarang sampai bila kita hidup dengan perkara-perkara yang melalaikan kita. InsyaAllah, jika kita benar-benar hendak Allah akan menghantar orang yang baik-baik di sekililing kita. Bak kata pepatah melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". So, sekarang ni marilah lah kita berubah sedikit demi sedikit. =)

Ni nak share sikit TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR-->

  • Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
  • Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
  • Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
  • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud -->
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

InsyaAllah pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat
berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Korang nak tak??? Mesti nak kan. Bukan senag kita nk bersalam dengan para malaikat tau. So, after this mari lah kita berlumba-lumba untuk mengejar MALAM LAILATUL QADAR dengan amalan kita. FIGHTING!!!


Macam-macam AMALAN kita boleh buat untuk kita mengejar MALAM LAILATUL QADAR tau. Contohnya -->

  • Membaca Al-Quran
  • Qiamullail
  • Memperbanyakkan bertasbih dan beristighfar
  • Memperbanyakkan solat sunat

InsyaAllah kita semua boleh buat. Trust yourself. Yoosssshhhhh!!!






No comments:

Post a Comment