Tuesday, 30 August 2011

Salam Lebaran Wahai Muttaqin..

Assalamuaalaikum...pertama-tamanya saya mohon maaf kerana lmbat mskkan entry di blog nih..maaf ya sahabat sahabat,,=)

insyaALLAH esok tanggal 31 August kita semua akan menyambut dua kemenangan yang dinanti-nantikan..kemenangan meraikan kejayaan kembalinya kita kepada fitrah, iaitu fitrah yang berpandukan wahyuNya, fitrah yang inginkan kebaikan dan bencikan kemungkaran, fitrah yang sentiasa rindukan dan cintakan Rabbnya, fitrah yang takut akan murkaNya dan fitrah yang mengharap redhaNya..itulah Syawal dan insyaAllah itulah diri kita..

kemenangan yang kedua yakni kemerdekaan negara yang ke??? haaa,,,ke-54,,,=)..sejarah mengatakan itulah tarikh bebasnya kita dari penjajahan barat,,namun realitinya selepas hampir separuh abad jiwa, fikiran dan roh kita masih dibelenggu oeh penjajah..iaitu quzwatul fikr dan penyakit Wah'an..nauzubillah..

tak perlu rasanya dipanjang lebarkan tentang quzwatul fikr dan penyakit Wah'an ini sebabnya insyaAllah semua kita benar-benar memahaminya..kan??=)

ingin ingatkan diri saya sendiri dan diri sahabat-sahabat semua, sematkanlah dan pahatkan tentang kemenangan yang pertama di dalam hati sekuat-kuatnya dan seteguh-teguhnya...kerana itulah sebenar-benar kemenangan..namun sekiranya kita keluar dari Ramadhan kali ini bukan dengan Takwa yang diharapkan, berdoalah agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang seterusnya...kerana Allah rindukan KITA...^_^

No comments:

Post a Comment