Friday, 2 September 2011

Antara usaha & natijah (hasil)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah....

Bersyukur sgt2 sbb tgk sisters2ku yang disayangi semua makin matang & lebih memahami tanggungjawab dakwah..& berusaha create blog ini untuk menyampaikan message tentang islam (^_^)..Subhanallah, semoga antunna semua dapat teruskan perjuangan...semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk menyampaikan kebenaran kepada saudara2 ku yang masih mencari2 di luar sana....

Seperti apa yang Allah sebutkan dengan banyakkknya dalam Quran- tugasmu hanyalah menyampaikan...contoh2nya- kerana sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka(13:40), lagi- Tidaklah Engkau Diwajibkan (Wahai Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah Yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)(2:272) & banyaak lagi disebutkan dalam Quran..

Jadi, janganlah rasa takut kalau orang taknak baca blog kita, tak terima apa yang kita kata tentang islam, taknak dengar @ orang kata kita bajet baik ke, bajet alim ke..etc2 yang penting niat kita sampaikan kene purely for the sake of Allah & cuba jauhkan rasa kurang yakin untuk sampaikan message islam...Nabi nuh sampaikan islam sampai 950 tahun dekat kaumnya...tapi yang masuk islam sangat sedikit...itu nabi, kalau kita, apetah lagi kan...Rasulullah yang al-amin tu pun ditentang dengan sangat teruk oleh masyarakat Mekah, ketahuilah, Allah berikan pahala berdasarkan usaha dakwah kita, bukan hasilnya- eg: berapa ramai yang berubah, berapa ramai yang masuk islam...etc

Mari kita sama2 teruskan usaha untuk meyampaikan message islam dalam apa jua medium sekalipun kerana Allah hanya suruh kita sampaikan dengan jelas seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw & ketahuilah, bantuan Allah itu saaangat dekat. Insya Allah =)..

Tapi tanpa usaha yang cukup, tak mudah untuk kita katakan yang kita telah melakukan tanggungjawab syahadatul haq kita... Apa kita nk jawab depan Allah nanti kalau kita tak berusaha untuk menegakkan islam ini? Cukup ke apa yg kita buat untuk lepaskn diri kita dari ditarik ke neraka? Scary kan?

Oh! terasa beratnye(-.-)...macam rasa shark nak gigit kite!..even lagi scary....kalau kita terus mendayung dengan sungguh2..Insya Allah boleh terselamat kalau dh sampai ke hujung...tapi kalau dayung pelan2 lenggang kangkung atau tak dayung langsung..dok diam2 je..sah2 la kene ngap dengan shark(@.@)....oh noii!...Ini contoh je ye...pandai2 la apply dengan Dakwah & tarbiyyah ...Jadi ape kite kne buat?, kita kenelah cuba & terus berusaha sungguh2 & mendayung untuk menyampaikan islam! Mungkin hanya dengan blogging tak cukup untuk kita kata yang kita dh lakukan tanggungjawab syahadatul haq...Tapi, ini hanyalah salah satu usaha kecik yang boleh kita buat...yang lain2 seperti usrah etc2 jgn dilupekan pulak ;)...Hanya Allah yang menilai usaha kita di akhirat nanti.... Jadi dalam kesempatan masa yang kita ada ini...sama2 lah kita ingat mengingati & menyampaikan message islam ye! Insya Allah...Semoga Allah menjadikan kita khalifah2 di muka bumi ini..Insya Allah.....Ooops...terpanjanglah pulak....heheh

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari pada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang2 muslim yang berserah diri” (41:33)

Wallahualam

hamba yang lemah

No comments:

Post a Comment