Thursday, 15 September 2011

Menyesalnya jadi manusia....

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali nak mintak maaf sebab sebelum ni tak berkesempatan utk buat post baru bg blog ni disebabkan sibuk dengan kerja2 uni. Tapi alhamdulillah di saat ni diberi kesempatan utk post something kt blog walaupun terlewat =)

Hari ni nak share dua potong ayat yang bagi saya agak tersusuk, disusuk, menusuk dekat hati. Mungkin bukan bagi saya je tp anda2 yg membacanya jugak =)

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam (15:2).


Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) (15:3).


Dalam ayat 2 Allah gambarkan kita macam mana kan org kafir nanti di akhirat. Betapa menyesalnya diorg disebabkan keingkaran diorang terhadap Allah dengan melakukan macam2 bentuk maksiat dan ingkar dgn nikmat Allah. Walaupun dah diberi peringatan dalam AlQuran banyak kali, tapi org kafir ni tetap degil tak nak jgk buat benda yg Allah perintahkan. Bukan setakat  banyak kali, tapi dah beratus-ratus tahun dah diberi peringatan dlm AlQuran, tak jugak bersyukur2. Bila baca ayat ni, (walaupun tak digolongkan dlm glgn kafir..Nauzubillah min zalik) tapi boleh bayang tak amalan2 yg kadang2 tak sedar pon tak ada bezanya dgn org kafir. Benda2 lagha yg walaupun kita dh byk kali diperigtkn dan kita tahu benda tu tak berfaedah, yg melalaikan dan mungkin blh bg kesan kpd iman..tp still tak ada usaha nak buang. Blh bayang tak kita mcm mana nnti kt akhirat, menyesalnya kita hidup di dunia tak manfaatkan utk akhirat...


Kalaulah mereka dahulu (di dunia) menjadi muslim.  Alanglah baiknya (di dunia) dahulu kami dijadikan tanah saja (bukan manusia yang dipertanggungjawabkan). Ya Tuhan, kembalikan kami ke dunia untuk melakukan kebajikan (kerja-kerja baik atau tidak melakukan dosa)!  


Bila baca ayat seterusnya, Allah ckap pulak supaya dibiarkan sahaja glgn ni dgn kesenangan dunia, tahu lah gln ni balasan dkt akhirat nanti. Sgt takut bila Allah ckp dia nk biarkan kita, tak ambik peduli pun dgn apa yg kita nk buat. 


Bila baca dua ayat ni, diri sendiri sangat terasa..Perlu bermujahadah dgn kuat lagi..sangat byk kekurangan pada diri sendiri..

No comments:

Post a Comment