Asslamualaikum sahabat2
Apa khabar anda dan iman2 anda?InshaAllah sehat dan akan terus subur. Alhamdulillah, arini ada masa terluang sedikit jadi terasa untuk baca kisah sejarah kekasih Allah. Kita nak share satu cerita tentang pengislaman seorang individu yang mungkin tak terkenal sangat tapi dia adalah salah seorang golongan beriman yang bukan dari golongan Makkah sewaktu tahun Rasulullah berdakwah di Makkah. Selalunya, orang bukan warganegara Mekkah ni akan datang ke Makkah bile waktu hajidan umrah, waktu nil ah Rasulullah s.a.w berlumba-lumba berdakwah kat golongan2 luar ni dan bertuahlah siapa yang mendapat cahaya hidayah itu. Jadi, nak diceritakan salah seorang Hamba Allah yang bertuah ini ialah ........
DHAMAD al-AZDI. Beliau adalah lelaki dari Qabilah Adz dan merupakan seorang bomoh dari Yaman.Beliau menjampi melalui angin. Semasa beliau tiba di Makkah, beliau telah mendengar golongan Sufaha’a (bodoh dan nakal) yang singkat pemikiran mengatakan:Bahawa Muhammad itu seorang yang gila, hingga beliau berkata dalam dirinya, “ Kalaulah boleh aku merwata boleh kiranya aku sembuhkan beliau dari penyakitnya itu”. Apabila beliau menemui Muhammad, beliau menyebut kepada Rasulullah saw dengan katanya.” Wahai Muhammad, aku pernah merawat melalui jampian menerusi angin yang berlalu, boleh tak aku cuba merwatmu?” Rasulullah saw menjawab: (doa yang selama ni saya mencari maksudnya,akhirnya jumpa,yeay!)
“Sesungguhnya segala pujian bagi Allah, bagiNya kita memuji, dariNya kita meminta pertolongan, sesiapa diberi hidayah, maka tiada siapa yang menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa pun yang boleh member petunjuk kepadanya, daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepasNya.”
Kata Dhamad” Pinta ulankan ungkapan mu itu sekali lagi,” lalu Rasulullah saw mengulanginya tiga kali. Jawab Dhamad:” Sebenarnya, aku pernah mendengar seloka paderi dan sami, juga mantera tukang sihir, serta puisi penyahir tetapi lesemuanya tidak seperti kata-katamu itu, ianya menakluki kamus pembendaharaan seluas lautan samudera. Ayuh ,hulurkan tanganmu untuk ku berbai’ah di atas nama Islam,” maka Baginda punberbai’ah dengan beliau.
Alhamdulillah.:)
Itu sahaja buat kali ini,salam rakan2
No comments:
Post a Comment