Friday 7 October 2011

Rasulullah saw: "Beruntung Suhaib, Beruntung Suhaib".

He was born surrounded by comfort and luxury. His father was the governor of Al Uballah and its ruler on behalf of the Persian king, and was one of the Arabs who emigrated to Iraq long before Islam. In his palace on the bank of Euphrates, next to Mosul, the child lived happily and comfortably. One day the country was attacked by the Romans (Byzantines) who captured a large number and enslaved the boy Suhaib lbn Sinaan. (Also known as Suhaib Rumi (from ROME) )

He was taken by slave traders until finally his long journey ended in Makkah. There he was sold to `Abd Allah lbn Jud'aan, after having spent his childhood and most of his youth in Roman lands, where he adopted their language and dialect.

His master was so amazed by his intelligence, energy, and sincerity that he emancipated him and set him free, giving him the privilege to trade with him.

One day.. . let his friend `Ammaar Ibn Yaasir (ra) tell us what happened on that day: I met Suhaib lbn Sinaan in front of the door of Daar Al-Arqam when the Prophet (PBUH) was there. I asked, "What do you want?" He answered, "And what do you want?" I said, "I want to meet Muhammad (PBUH) to hear what he is saying." He said, "I want the same." We both entered and met the Prophet (PBUH), who invited us to embrace Islam.






Mari kita sambung dengan cerita sebenar yang kita nak cerita....:-

Waktu peghijrahan ke Madinah, Suhaib al-Rumi di jumpai oleh para kafir Quraisy dan berkata " Kamu semasa datang ke sini sebagai seorang tidak berharta, kemudian harta kamu menjadi banyak dan menjadi orang yang tebilang, kini kamu hendak keluar dari sini dengan membawa diri kamu sekali dengan harta-harta kamu yang kamu kumpulkan disini? Ini tak mungkin berlaku!!" Jawab Suhaib " Apa pendapat kamu semua, kalau aku serahkan semua harta ku kepada kamu? Boleh tak kamu beri laluan kepada ku?" Jawab mereka sebulat suara :Ya!!! Kata Suhaib : Sekarang aku serahkan hartaku kepada kamu". Cerita mengenai Suhaib ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw : ujar Rasulullah saw : " Beruntung Suhaib, beruntung Suhaib".

Maka turu ayat : "Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya". (2:207)

SubhanaAllah!!...Malunye kalau nak bandingkan diri kite ni dengan para sahabat, tapi inshaAllah selagi ada usaha ke sana..inshaAllah sentiasa diberkatiNya, sesunggunya Allah itu Maha Mengetahui.


From-http://www.crescentyouth.com/board/showthread.php?t=16379 and ALRAHEEQ AL MAKHTUM

Thursday 29 September 2011

UNTITLED?

Assalammualaikum,

Alahai segannyalah aku nak mengaku yang ini baru kali kedua aku check blog neyh. Ahhhh... buat segan aje.. haha.. Aku taklah pandai nak tulis panjang lebar pasal agama. Terkial- kial la pulak nak cari the right verse for the right story. First time datang kat Newcastle, terkejut aku tgk orang refer ayat Al- Quran straight away! Tak payah check- check!....

Dalam hatiku....

" Waaahhhhh, hebatnya mereka neyh... kira kalau mati esok pown adelah yang nak dibawak sekali. Aku? Apa yang aku ade? Haizzz... setakat Inna A'toina Kal Kauthar tu ingatlah jugak... Berapa kali aku khatam Al- Quran, tapi baru aku sedar yang sebenarnya Surah Muhammad tu wujud! Ohhh... aku tau bacaan- bacaan basics dalam solat, tapi entah apa yang aku baca pown aku tak tahulah.... Aku tau aje soal pahala yang berganda- ganda jika membaca Ayat- Ayat Allah, alahai tapi berat sungguh lidah ini ingin mengikut sekali... Hatiku bagaikan terpenjara" (Maaflah terjiwang karat pulak, nak develop the right emotions neyh..haha )

Alhamdullilah aku ditemukan dengan akhawat. Memang terkedek-kedek aku memulakan perjalanan ini. Ilmu tak cukup di dada, akhlak yang compang-camping- tapi hatiku masih teringin utk turut serta berdakwah...

Iman manusia memang ada turun naiknya. Minggu ini sebenarnya terlalu berat untuk aku. Masalah demi masalah datang menimpa. Setakat assignments bukanlah alasanku. Ingin sekali aku lari dari semua yang ada disini. Bab berkongsi masalah ini bukanlah kepakaranku. Ingin sekali, aku menangis dibahu Mama saat ini. Tapi, apakan dayaku? Tinggi sungguh egoku! Tak standardlah nak menangis seperti perempuan hilang suami. Tak cool,tau... =.=

Aku menangis seorang diri sekali lagi di bawah selimut ( kiranya ini mengadulah namanya,kan? oppps!). Lemah sungguh hati kecil ini. Ada aku terfikir untuk makan ubat tidur banyak- banyak. I should just end it- my life.

Allah Maha Kuasa, dia berikan aku sedikit cahaya... Aku memandang kertas yang kutampal didinding bilikku. Entah mengapa, tergerak hatiku untuk membaca...

He said : " I complain my distress and grief to Allah alone and I know from Allah what you do not know." ( Yusuf, 12:86)

Hati ini tersentak seketika." Lupakah aku pada Tuhanku? Di mana letaknya kepercayaanku terhadap-Nya saat hatiku hilang dek masalah yang melanda. Lupakah aku pada kuasa- Nya. Astaghfirullah! Allahu Akbar! Maha Suci Tuhan yang mentadbir seluruh alam! Serta- merta air mataku bergenang di tubir mata. Betapa manisnya cinta Allah, hinggakan aku, hamba yang sering lupa pada-Nya pun diberikan kekuatan untuk terus bertahan... apatah lagi akhawat yang dikasihi sekalian. "

Sudah panjang lebar aku bercerita, tapi apa yang aku cuba sampaikan ialah satu peringatan penuh dengan kasih sayang. Sesukar mana sekalipun hari- hari kita, ingatlah Dia lah yang Maha Kuasa dan kepada-Nyalah kita kembali.... Insya-Allah





Wednesday 28 September 2011

Blaja rajin2 & stay up untuk ape ye???

Assalamualaikum akhawat fillah

Entry kali ni untuk renungan kita bersama yg bergelar student ni =)

Prasan tak kadang2 kita sanggup stay up & sanggup tk tido demi untuk siapkan assignment @ sangup tido lambat sgt untuk belajar especially bila exam dah dekat sgt2....betul tak?............
ok, betul la tu ;)

Semangat untuk belajar tu bagus...tak dinafikan...Tapi apa yg menyebabkn kita semangat dlm belajar ye? Kalau semangat tu untuk keduniaan, untuk jadi orang yg kaya, berpangkat tinggi, @ untuk bangga diri- " Kalau aku dpt markah tinggi nnti semua respect aku, bole bangga2 dgn kawan & adik2....rasa up skit" @ pun untuk lulus semata2 "supaya tk kena repeat"....& untuk macam2 lagi sebab yg terbuku di hati.....Tapi kalau itulah punca semangat kita...maka rosaklah niat kita, sia2 lah study kita....

Tapi kalau kita belajar untuk hidupkan syariat Nabi Muhammad saw, Untuk Allah yg menuntut umat Islam supaya tuntut ilmu, supaya dengan ilmu yang kita ada menjadikan kita orang yg bersyukur, orang yg dapat mengingati & mengagungkan kebesaran Allah, nescaya akan ada keberkatannya & kebahagiaan ketika kita tuntut ilmu....telahkah anda betulkan niat sebelum buka buku hari ni & sebelum buat sesuatu???

Kita pun dah berjanji dekat Allah yang segala2 yg kita lakukan hanyalah untuk Allah...jadi study, stay up pun mestilah untuk Allah jika kita betul2 mengimani ayat2 Allah contohnya dlm ayat yang biasa kita dengar:

"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM" (6:162)

Betul ke kita beriman dgn ayat ni? sila muhasabah dgn beberapa contoh dibawah

Aku study hari, adakah aku buat kerana Allah? ataupun untuk exam? kalau betul niat untuk Allah, takde la aku nk main2....@ lagha2 sambil study...& kalau betul untuk Allah, mesti aku belajr sungguh2 dari awal...bukan nk dekat exam je....& kalau betul untuk Allah, pasti aku tk lmbat2kan solat semata2 sebab study.

Even dengar lecture @ attend PBL....& belajar ikut Learning target...adakah aku buat kerana Allah? Betul ke kerana Allah? atau pun sbb takut kena ambik attendance @ takut tak dapat nk jawab Learning Targets dalan tutorial?...sbb tu jadi stress giler smpai tk dpt dtg usrah, daurah, etc2....

Aku makan hari ni, adakah aku buat untuk Allah? Kalau betul kerana Allah, makan sedikit pn dh cukup, tk perlu makan lebih2....Tak perlu yg mahal2....asal boleh hidup untuk laksanakan tanggungjawab terhadap Allah.

Lagu/movie yg aku dengar hari ni...adakah untuk Allah? Kalau betul, adekah lagu/movie tu ingatkan aku kat Allah? Ade lagu/ movie tu tambahkan iman aku?

Aku stay up hari ni untuk study....adakah untuk Allah? Kalau study bersungguh berjam2 sampai ke pagi...tapi nk qiam selama sejam @ setengah jam pun susah...betul ke aku stay up kerana Allah? reflect2 balik
Betullah kata2 dlm syair di bawah

"Tidak terpejam mata dalam beberapa malam untuk tujuan selain Allah adalah sia-ia"

Kalau ada yg kita buat bukan untuk Allah,....maknanya kita belum beramal lagi dengan ayat ni.... kena check balik apa yg kita buat, tujuan kita buat sesuatu & reflect & muhasabah balik....check balik niat kita...

Selagi masih hidup & bernyawa jangan pernah putus asa @ rasa lemah untuk menjadi yg lebih baik...Insya Allah...gunalah kesempatan, sedikit waktu yg Allah bagi ini untuk sentiasa menjadi hamba Allah yg lebih baik...Insya Allah

Sekadar peringatan buat diriku yg lemah & untuk saudara2 yang ku sayangi

"semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang taat"...Insya Allah

Wallahualam



Sunday 25 September 2011

PENTING KE ISTIQAMAH??!!

Daripada Abu 'Amru - Sufian ibn Abdullah r.a. berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Hadis riwayat al-Imam Muslim

Sesungguhnya, istiqamah atas kebenaran ni memang susah. Bayangkan situasi yang mana kita kena pandang ke hadapan sahaja ke arah tujuan kita hidup di dunia ni padahal di kanan dan kiri penuh dengan hiasan duniawi yang memanggil2 kita. Godaan2 duniawi memang dahsyat bagi kita seperti yang Allah terangkan dalam surah Ali 'Imran ayat 14 [3:14]: "dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa...." Begitu juga dengan hasutan2 syaitan yang sentiasa membisikkan ke dalam dada manusia.

Jadi, apa istiqamah ni? Umar al-Khattab kata,

"Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang"

Adalah dituntut bagi seorang mukmin agar sentiasa mengambil berat soal iman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan iman yang didakwa itu. Istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad. Ramai orang Islam yang hanya mengaku beriman namun gagal istiqamah menunaikan tuntutan iman tersebut. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan islamnya tanpa berfalsafah. Amal dan istiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

Allah berfirman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan"
[11:112]

"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka"
[42:15]

Ayat2 ini memerintahkan kita untuk selau beristiqamah sebagaimana yang diperintahkan tanpa terpengaruh sedikit pun oleh hawa nafsu dan tidak terkeluar daripada kebenaran.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).

Antara kelebihan2 istiqamah adalah:

  • diperluas/dipermudahkan rezeki di dunia
  • diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan
  • dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga
  • didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga)
Jadi, bagaiman kita boleh pupuk sikap istiqamah dalam diri kita? Ada beberapa faktor yang boleh mendorong sikap istiqamah dalam ibadah kita.
  • ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut
  • bersahabat dengan orang yang istiqamah
  • menghayati sirah2 orang2 yang istiqamah
  • mujahadah melawan nafsu
  • doa memohon pertolongan Allah
Tapi, janganlah tergesa2 dalam melakukan ibadah. Sesungguhnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan tersebut menyababkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.

peringatan untuk diri sendiri dan akhawat yang disayangi....>,<

Tuesday 20 September 2011

Untuk mengukur kebaikan sesebuah keluarga

Assalamualaikum, arini kite nak share sedikit inti pati dari ceramah Uastaz Pahrol Juoi yg kite post kat FB wall kite....dengarlah ceramah tu,tajuk "Berfikiran Positif",x rugi..makanan rohani kite for the day, dari radio IKIM fm...:)

Untuk mengukur kebaikan sesebuah keluarga itu ialah dari:
a. Hubungan dgn Allah
i. Lihat solat jemaah keluarga itu
ii. Lelaki solat dimasjid bila masuk waktu
iii. Wanita solat pada awal waktu
iv. Mencapai solat yg khusyuk
1. Ambil wudhuk dengan betul
a. Dengan roh wudhu’ itu sekali bukan setakat niat dan sapukan air ke seluruh anggota wudhu’
b. Hubungan dengan manusia
i. Makan berjemaah
1. Mesti ada pemimpin
a. Delegate baca doa
b. Pemimpin makan dahulu/yg lebih tua
c. Pemimpin dekatkan makanan pada anak2,tahu apa yg disuka exc
2. Makan dalam talam pun mesti ada pemimpin
3. Niat untuk mengenyangkan orang lain
a. Contoh :A,B dan C sedang makan bersama guna satu talam, ketiga-tiga berniat untuk mengenyangkan yang lain maka baru boleh dapat keberkatan walaupun sedikit
b. Bukan berlumba-lumba nak abiskan
4. Kalau dapat praktikkan di dalam keluarga, maka boleh perperpanjangkan kedalam masyarakat, eg:
5. Majlis makan2
a. Tengok ramai orang, jangan ambil banyak, kerana ingatkan orang lain,niat jemaah yang lain
b. Baru ada nilai tarbiyyah kerana mempertahankan sunnah, bukan setakat fizikal tetapi rohnya
c. Contoh makan makannan tangan kanan, tetapi ambil rasuah bila dah tua kerana takde roh sewaktu buat sunnah tersebutwalaupun sunnahnya guna tangan kanan
i. Makan tangan kiri itu mengikut syaitan jadi ingin mengelakkan dari ikut syaitan

Thursday 15 September 2011

dakwah addict????

Assamu'alaikum :)



this guy name peter. he just reverted to islam 2 years ago and now....he is ADDICTED to dakwah~~~

so, what about us?~~~

don't want to say 'i did not do anything' in akhirat....

more info, go to his facebook =>'dakwah addict'

Menyesalnya jadi manusia....

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali nak mintak maaf sebab sebelum ni tak berkesempatan utk buat post baru bg blog ni disebabkan sibuk dengan kerja2 uni. Tapi alhamdulillah di saat ni diberi kesempatan utk post something kt blog walaupun terlewat =)

Hari ni nak share dua potong ayat yang bagi saya agak tersusuk, disusuk, menusuk dekat hati. Mungkin bukan bagi saya je tp anda2 yg membacanya jugak =)

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam (15:2).


Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) (15:3).


Dalam ayat 2 Allah gambarkan kita macam mana kan org kafir nanti di akhirat. Betapa menyesalnya diorg disebabkan keingkaran diorang terhadap Allah dengan melakukan macam2 bentuk maksiat dan ingkar dgn nikmat Allah. Walaupun dah diberi peringatan dalam AlQuran banyak kali, tapi org kafir ni tetap degil tak nak jgk buat benda yg Allah perintahkan. Bukan setakat  banyak kali, tapi dah beratus-ratus tahun dah diberi peringatan dlm AlQuran, tak jugak bersyukur2. Bila baca ayat ni, (walaupun tak digolongkan dlm glgn kafir..Nauzubillah min zalik) tapi boleh bayang tak amalan2 yg kadang2 tak sedar pon tak ada bezanya dgn org kafir. Benda2 lagha yg walaupun kita dh byk kali diperigtkn dan kita tahu benda tu tak berfaedah, yg melalaikan dan mungkin blh bg kesan kpd iman..tp still tak ada usaha nak buang. Blh bayang tak kita mcm mana nnti kt akhirat, menyesalnya kita hidup di dunia tak manfaatkan utk akhirat...


Kalaulah mereka dahulu (di dunia) menjadi muslim.  Alanglah baiknya (di dunia) dahulu kami dijadikan tanah saja (bukan manusia yang dipertanggungjawabkan). Ya Tuhan, kembalikan kami ke dunia untuk melakukan kebajikan (kerja-kerja baik atau tidak melakukan dosa)!  


Bila baca ayat seterusnya, Allah ckap pulak supaya dibiarkan sahaja glgn ni dgn kesenangan dunia, tahu lah gln ni balasan dkt akhirat nanti. Sgt takut bila Allah ckp dia nk biarkan kita, tak ambik peduli pun dgn apa yg kita nk buat. 


Bila baca dua ayat ni, diri sendiri sangat terasa..Perlu bermujahadah dgn kuat lagi..sangat byk kekurangan pada diri sendiri..

Wednesday 14 September 2011

GANJIL...ANEH...ASING...

Assalamualaikum wbt.

Quote this from somebody else. Thought that maybe this could inspire us to become part of strangers like in the hadith =)

-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

~Let's keep BISMILLAH always~





KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH...

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Best kn jika kita menjadi seperti si isteri tu. Apalagi, jom kita mulakan sesuatu pekerjaan dengan BISMILLAH, dan akhirinya dengan ALHAMDULILLAH... ^_^





Tuesday 13 September 2011

Yang mana satu kita?


  • Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

  • Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

  • Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

  • Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

  • Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

  • Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

  • Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

Siapa kita sebenarnya? Yang mana satu kita? Marilah kita duduk sejenak sambil memikir yang mana satu kita..=)

Sunday 11 September 2011

Makhluk Yang Bernama Masa

Taken From: http://azzariyat.com/blog/2009/05/08/makhluk-yang-bernama-masa/

Makhluk yang bernama masa

2 minggu yang lepas,smart group kedua untuk adik-adik choukouhai berjaya dilansungkan.Jayanya atau tidak,itu persoalan yang kedua, persoalan yang pertama,buat atau tidak dan semua fasilitator menjawab ‘buat’.Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan boleh dirumus sebagai ‘tafsir surah al-asr’.Jadi, ada sebilangan fasilitator membuka diskusi dengan bertanya kepada adik-adik choukouhai ,”kenapa Allah bersumpah dengan masa?”

“Kenapa Allah bersumpah dengan masa?”tanya Izan.

“Sebab masa sangat penting.Masa yang pergi takkan kembali,”jawab Amir.

“Sebab masa ibarat emas,sangat berharga,”terang Afiq.

“Sebab masa diibaratkan bagai pedang.Jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita,”balas Aqmal.

Jika Allah bersumpah dengan sesuatu bermakna benda yang disumpah itu adalah sesuatu yang cukup besar,sesuatu yang cukup agung.Makhluk yang bernama masa ini merupakan satu makhluk yang sememangnya sebati dengan hidup manusia.

squared circles - Clocks by Leo Reynolds


Masa itu kehidupan

Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari Penciptanya.Jadi dari zaman paleolitik lagi manusia mencari Tuhan.Di zaman paleolitik,manusia hidup di dalam gua dan api adalah satu sumber yang sangat penting untuk menerangi kegelapan di dalam gua,menjadi bahan pemanas badan tatkala salji sedang lebat turun di luar gua.Oleh kerana itu,manusia di zaman itu mengatakan mereka tidak akan dapat hidup tanpa api,maka api disembah-sembah sebagai satu kuasa yang agung.

Namun,manusia terus berkembang.Manusia mula menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.Terlintas di kepala ketika itu,mereka tidak akan dapat hidup tanpa air,lalu air pula disembah-sembah.

Zaman bertukar daripada Paleolitik kepada Mesolitik,satu zaman bercucuk tanam.Semua manusia ketika itu mementingkan kesuburan tanah kerana dari situlah mereka mendapat makanan.Tanpa berfikir panjang,daripada air,mereka bertukar menyembah makhluk yang bernama tanah.

Namun,mereka sedar dan mereka bertanya sesama sendiri,”betul api,air dan tanah sangat penting tetapi siapa yang menciptakan mereka untuk kita?”

Akhirnya mereka memutuskan untuk meyakini adanya satu kuasa di atas sana yang menjadikan mereka dan api,air dan juga tanah.Persoalan hidup mereka tidak terhenti di situ,golongan yang berfikir daripada meraka mengeluarkan satu lagi soalan, “apakah itu kehidupan?”

Semua orang menjadi bingung sehinggalah munculnya ahli-ahli falsafah tamadun yunani.Yunani menghasilkan ahli-ahli falsafah yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli falsafah sekarang.Mereka adalah pencetus pemikiran bertuhan. Aristotle,Plato dan Socrates.Nama-nama agung tamadun Yunani namun mereka dikhianati oleh raja sendiri.

Permulaan tamadun Yunani menafsirkan bahawa kehidupan itu bergantung kepada darah yang panas.Hal ini kerana pemerhatian mereka ke atas orang yang hidup dan orang yang mati.Mereka dapati suhu darah mereka berbeza.Yang sejuk adalah yang mati dan yang panas adalah yang hidup.Ramai manusia ketika itu yakin dengan teori ini namun ada seorang di antara mereka yang menentang. Dipanggilnya semua penduduk Yunani dan ditunjuknya satu eksperimen. Dia mengambil 2 ekor kelawar yang sudah mati,seekor dimasukkan darah yang sejuk dan seekor lagi dimasukkan darah yang panas.Keputusannya,kedua-dua ekor kelawar tidak bergerak,semua yang melihat menjadi bingung,mereka terus bertanya, “apakah itu kehidupan?”

Ahli falsafah Yunani membuka satu teori baru bahawa kehidupan ini adalah sel-sel yang disusun dengan betul dan tepat.Semua orang gembira dengan teori itu,mereka yakin dan pasti.Tetapi mereka dikejutkan dengan pembuktian oleh Socrates bahawa susunan sel yang betul tidak mampu memberi kehidupan.Akhirnya,Socrates merumuskan bahawa kehidupan ini adalah ‘masa’ kerana apa-apa sahaja yang ada maka benda itu akan hidup dan jika masa bagi hidupan itu sudah habis,dia akan mati.

Masa adalah kehidupan.

The Passage of Time by ToniVC


Makhluk bernama Masa

“Adik,apakah itu masa?”seorang ayah bertanya kepada anaknya yang genius.

“Masa?…Itu,”adik menunjuk-nunjuk ke arah jam dinding.

Itulah masa.Semua orang tahu jika jarum jam menunjukkan nombor 9, matahari sudah tiada,itu jam 9 malam.Jika jarum menunjukkan nombor 8, matahari dengan bangganya bersinar di luar tingkap,itu jam 8 pagi.Inilah masa tetapi aq persoalkan,adakah ini masa yang sebenarnya?Kalaulah ini masa,bagiku secara peribadi,tiada apa-apa yang istimewa dengan makhluk yang bernama masa ini.Namun kenapa Allah bersumpah dengannya?Aq teruskan pencarian kenapa Allah bersumpah dengan masa,apa yang hebatnya masa sehingga Allah bersumpah dengannya,tidak dengan nasi atau karipap.

Alhamdulillah,aq selesai membaca sebuah buku karangan Imam Al-Qurtubi dan Syeikh Daud Al-Fatani yang bertajuk ‘Misteri Di sebalik tiupan sangkakala’.Sedikit tentang buku ini,buku ini menceritakan perjalanan manusia daripada hari qiamat hinggalah ke hari akhirat.Walaupun pengarang tidak menulis tentang masa secara terperinci,tetapi ada sedikit penulisan mereka yang membuka kotak fikiranku.

Percaya atau tidak jika aq cakap masa bagi aq dan kamu adalah berlainan? Betul,jika jam menunjukkan pukul 10.39 pagi,maka aq dan kamu membacanya sebagai 10.39 pagi,tambah tolak 4minit ralat, (^^) namun hakikatnya 10.39 pagi itu adalah satu nombor untuk menyeragamkan pergerakan kita,itu bukan masa!

Percayalah masa bagi manusia sangat berbeza,aq buktikan melalui cerita di bawah.

Aq mencari Islam ketika aq mula-mula mengenal usrah semasa di tingkatan 1.Suatu hari,seorang pelajar tingkatan 5 memberi tazkirah.Katanya bahawa azab kubur itu sama kepada semua manusia dan bergantung kepada jenis kesalahan.Lalu aq terfikir,bagaimana azab Allah di kubur sama sedangkan jarak orang yang mati di zaman nabi Adam dengan hari qiamat sangat jauh dan orang yang mati di zaman nabi Muhammad dengan hari qiamat sangat dekat.Jika kedua-dua meninggalkan solat,katakan,bagaimana azab mereka sama?

Aq terus mencari jawapan dan semasa di tingkatan 2,seorang ustazah praktikal datang ke sekolah untuk melakukan praktikalnya.Namanya Azlina, Ustazah Azlina dan aq menganggapnya seperti akak aq sendiri.Orangnya terlampau baik dan berilmu.

Aq bertanya, “ustazah,Allah itu maha Adil kan?”

“Ya Allah itu Al-Adlu,Maha Adil,”jawab Ustazah sambil tersenyum.

“Jadi,semua dosa dan pahala adalah sama bagi semua manusia, bergantung kepada amalan masing-masing la kan?”Aq cuba membawa percakapan kepada soalan aq yang sebenar.

“A’a,bahkan.”Ustazah menjawab,mukanya sedikit berubah seakan-akan cuba memikirkan apa yang cuba ingin aq sampaikan.

“Jarak antara zaman nabi Adam dengan qiamat jauh dan jarak antara zaman kita(umat nabi Muhammad) dengan qiamat dekat.Kalau seorang yang hidup di zaman nabi Adam meninggalkan solat dan seorang yang hidup di zaman nabi Muhammad meninggalkan solat,adakah azab kubur bagi mereka sama?”Soal aq.

“A’a,same.Malah kalau ade yang lebih lama lagi dan dia juga meninggalkan solat,pasti dia juga diazab dengan azab yang sama,”jawab Ustazah.

“Ha?Macamana sama sedangkan jarak mereka jauh berbeza?”aq bertanya lagi.

“Masa itu hak Allah,Dia yang menciptakannya dan Dia boleh memanjangkan dan memendekkan masa itu sesuka hati Nya.Macam awak solat subuh hari jumaat,”terang ustazah.

“Solat subuh hari jumaat?”aq tertanya,kepalaku semakin putar.

“A’a,kan pada hari itu senior-senior awak akan baca surah sajadah kan? Kalau awak mengantuk,awak rase laaaame gile kan?Bile la abang ni nak sujud,bile la abang ni nak sujud,kan?”Ustazah beranalogi.

“A’a,alhamdulillah.Saya rasa saya dah faham.Syukran,”aq kegembiraan.

++++++++++

Contoh lagi,masa yang satu jam setengah dirasakan sekejap sahaja oleh Farhan jika yang mengajarnya Cik Noguchi.Namun jika yang mengajarnya Encik Yamashita,kelas yang satu jam setengah itu dirasakan bagai berjam-jam. Pernah anda berasa sebegini?

Jika rentak permainan satu kelab bola sepak selincah Manchester United, penonton merasakan masa 90 minit yang diberi tidak cukup.Namun jika rentak permainan satu kelab bola sepak selembab Proton FC,belum cukup 45 minit,penonton sudah mula meninggalkan stadium sebab merasakan sudah cukup 90 minit.Pernah anda berasa sebegini?

Pernah tidak,anda tidur 3 jam tetapi anda berasa seperti anda sudah tidur 10 jam dan kadang-kadang,anda tidur 10 jam anda berasa anda baru sahaja tidur.Pernah?

Inilah masa!Setiap manusia mempunyai masa yang berlainan,tidak sama. Masa untuk Atiqah tidak sama dengan masa untuk Fatin,masa untuk Gee tidak sama dengan masa untuk Tee.

“Eh,dah habis ustat tu bagi ceramah?Sekejap nye.”Beritahu Gee.

“Mane ade sekajap.Dari tadi lagi aku tunggu ustat ni berhenti bercakap,tak henti-henti jugak.Lama gile.”Betitahu Tee pula.

Inilah keistimewaan makhluk bernama masa,jadi tidak hairanlah apabila Allah,Ahsanul Khaliqin(sebaik-baik pencipta),bersumpah dengan ciptaan Nya yang bernama masa ini.Di mana sahaja ada sesuatu yang dipanggil makhluk,maka makhluk itu akan ditemani dengan makhluk yang bernama masa ini.

Manusia hidup jika masih ada masa untuknya.Hamster gemok masih lagi berlari jika masih ada masa untuknya.Batu buruk akan terus memburukkan dirinya jika masih ada masa untuknya.Fosil reput akan terus mereput jika masih ada masa untuknya.Mudahnya,semua makhluk akan diberi masa mereka yang tersendiri.

Di akhirat besok,semasa penghisaban tengah berlaku,ada yang merasakan begitu lama masa yang diambil untuk dihisab amalannya dan ada juga yang tidak terasa bahawa amalannya sudah dihisab.Yang berdosa merasakan seperti berjuta-juta tahun lamanya tetapi yang berpahala merasakan sekejap seperti jarak antara zohor dan asar.Sabda nabi:

“didirikan bagi orang kafir pada hari kiamat kadar lima puluh ribu tahun mengikut kadar apa yang mereka lakukan semasa di dunia.Dan Sesungguhnya orang kafir diperlihatkan neraka Jahannam dan mereka menyangka akan jatuh ke dalamnya dari jarak perjalanan empat puluh tahun.”

[Imam Ahmad daripada Abu Sa'id Al-Khudri]

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri katanya:Rasulullah ditanya tentang hari yang kadar masanya selama lima puluh tahun,betapa panjanglah hari tersebut.Maka baginda bersabda, “Demi Tuan yang diriku dalam kekuasan Nya,sesungguhnya diringankan untuk orang mukmin hinggakan terlebih mudah ke atasnya(menanti pada hari itu) daripada sembahyang fardhu yang dia lakukan semasa di dunia.”

[Imam Ahmad daripada Abu Sa'id Al-Khudri]

Firman Allah:

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

[32:4]

Allah menggunakan ‘enam masa’ ,bukan enam jam,enam hari atau enam minggu.Kenapa?Sebab tempoh itu tidak sama dengan jam,minit atau saat yang kita guna.Inilah bukti bahawa istimewanya makhluk bernama masa.

Dandelion clock by dictybloke


Islam mengajar nilai masa

Bila sebut jepun,apa yang anda akan fikir?Bunga sakura?GTO?Gempa bumi? Kimura Takuya?Tepati masa?Ya,tepati masa.Orang jepun sangat tersohor dengan budaya tepati masa.

Jadual perjalanan bas di Tokyo:

“11.33 pm to Okayama”

“4.59 pm to Shinjuku”

Jadual perjalanan bas di Kuala Lumpur:

“11.00 pm ke One Utama”

“5.00 pm ke Unisel”

Apa yang anda dapat faham daripada kedua-dua jadual perjalanan di atas?

Ungkap balik kata-kata Muhammad Abduh, “aku ke Paris,aku melihat Islam tanpa Muslin dan apabila aku pulang ke Kaherah,aku melihat Muslim tanpa Islam.”

Sama sahaja keadaannya di Jepun,Islam tanpa Muslim,tepati masa walaupun 1 minit!

Ramai muslim pada hari ini tidak sedari hakikat yang Islam tersangatlah mementingkan masa walaupun sering mendengar nasyid nyanyian Raihan, ‘Demi masa’.Tiap hari lagu ini bermain di mulut ramai muslim namun jarang sekali iktibar daripada lagu ini diambil.

“Nyanyian adalah nyanyian dan Islam adalah Islam.”

Barangkali,inilah yang difikirkan oleh sesetengah orang.Betapa Islam mementingkan masa,Islam mengajarnya kepada kita sebanyak 5 kali sehari menerusi solat fardhu.Solat Magrib anda tidak sah jika anda solat waktu Isyak dan solat Isyak anda tidak sah kalau anda kerjakan dalam waktu Zohor.Anda mesti tepati masa bagi memastikan solat anda sah di sisi Allah.

Jika 7.30 pm adalah waktu berbuka bagi Wilayah Persekutuan,jika Ahmad yang tinggal di sana ingin berbuka jam 7.29 pm,puasa Ahmad batal.Bila Islam kata 7.30,maka 7.30,jangan dilebih atau dikurangkan.Inilah cara Islam mengajar kita supaya sentiasa menepati masa.

Tidak cukup dengan itu,Allah ingatkan kita dengan mati.Berulang kali di dalam Al-Quran Allah tegaskan bahawa mati itu tidak akan cepat mahupun lambat walaupun sesaat.Tidak cukup lagikah Islam mengajar kita supaya menepati waktu?Masih perlukan motivasi tambahan?Muhasabah diri anda!The Triple Nine Society Wall Clock by Leo Reynolds

Manusia Dalam Kerugian

“Demi masa.Sesungguhnya manusia di dalam kerugian!”

Jika seorang peniaga kecil-kecilan rugi sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi besar.Jika seorang peniaga komputer hilang sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi.Jika seorang kontraktor hilang sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi kecil.Jika jutawan hilang sebanyak RM100,dia tidak akan perasan wangnya telah hilang.Jadi,jika jutawan itu kata “aku telah rugi besar”,maknanya jutawan itu telah hilang beratus ribu ringgit.Bayangkan,jika Allah,Pemilik manusia,Pemilik haiwan,Pemilik segala jenis kekayaan,Pemilik alam ini kata, “demi masa,susungguhnya manusia dalam kerugian!”Betapa besarnya kerugian yang manusia alami..Tidak dapat dibayangkan…

Prof HAMKA menulis di dalam Tafsir Al-Azhar mengapa manusia dikatakan berada di dalam kerugian.Kerana manusia itu lemah!Manusia tidak dapat lakukan semua perkara dalam satu masa!

Tersebut sebuah cerita Israiliyat tentang nabi Sulaiman yang diberi kuasa oleh Allah untuk memberi rezeki.Jadi,pagi-pagi lagi nabi Sulaiman sudah bergerak ke laut bersama tenteranya yang terdiri daripada golongan jin untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan laut.Nabi Sulaiman mengarahkan jin-jin memberi makan kepada haiwan laut namun sampai ke tengah hari,tugas itu belum selesai.Seekor jin membuka mulut,” Ya raja ku Sulaiman,bilakah kami boleh berhenti daripada memberi makanan kepada sotong-sotong ini?Kami pun sudah kelaparan.”Nabi Sulaiman akur,tugas memberi rezeki bukan senang,hanya Allah sahaja yang mampu.

Manusia itu sifatnya lemah,disebabkan itu manusia berada dalam kerugian. Kita terpaksa korbankan banyak perkara lain untuk selesaikan satu perkara. Kita terpaksa korbankan waktu bermain untuk belajar.Kita terpaksa korbankan waktu tidur untuk bersama kawan-kawan.Kita tidak dapat lakukannya serentak.

Bila umur kita 20 tahun,kita terfikir,”kalau aku belajar betul-betul tyme spm dulu,pasti aku dapat fly ke ireland untuk wat medic.”

Bila umur kita 25 tahun,kita dah berkahwin,banyak beban terpaksa kita pikul lalu kita terfikir, “kalau aku belajar betul-betul dulu,pasti aku dapat kerja yang lebih baik.Takyah la aku dot susah-susah camni.”

Bila umur kita mencecah 45 tahun,kita sakit,lantas kita terfikir, “kalaulah aku jaga makanan aku dulu,pasti aku sihat.Takyah la aku kudung kene potong kaki sebab kencing manis.”

Bila umur kita melampau ke 65,kita nyanyok,semua benda harus orang lain lakukan untuk kita dan ketika itu barulah kita terfikir, “kalau aku tak hantar anak aku ke nursery dulu,diorang takkan hantar aku kat sini.”

Dan di akhirat nanti,jangan pula kita salah seorang yang merayu meminta Allah menghantar kita balik ke dunia untuk beramal,pasti kita yang rugi!

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

[32:12]

Teringat pesan guruk di sekolah dahulu, “tepati lah masa.Jika awak lambat 1 jam,awak boleh tertinggal bas.Jika lambat 1 minit,awak tertinggal kapal terbang dan jika lambat 1 saat,awak tertinggal bullet train.”

Didikan bonda dari kecil lagi supaya menepati masa,aq rasa ianya berhasil. Alhamdulillah,selagi tidak ada keberatan,selagi tidak ada musyaqah yang betul-betul,aq akan tepati masa,Insya Allah.Semenjak aq masuk JAD,pernah aq bertanya kepada qalbi(hatiku),”budak-budak yang lambat ni,tak dididik oleh mak bapak die ke mase kecik.Suke hati je datang lambat,janji pukul 9 ni pukul 10 pun belum sampai2.Call cakap depan lif,call cakap depan lif.Sakit hati betul la.”

Aq bukan ingin membangga-banggakan diri,tidak tetapi aq ingin berkongsi. Aq hairan mengapa manusia tidak dapat tepati masa sedangkan mereka telah berjanji untuk menepatinya.Mereka tidak pernah fikir tentang perasaan orang lain?Mengapa asyik kita yang menepati masa terpaksa membazir masa kita yang berharga disebabkan terpaksa menunggu manusia yang tidak bertanggungjawab?

“Eh,aku takley la..Memang aku dari kecik lagi takley tepati masa”

Ini bukan alasan!Allah tidak menjadikan manusia tidak mampu tepati masa. Tatkala Allah ingin meletak Al-Quran ke atas bukit,bukit bergegar kerana kasyyatillah(takutkan Allah),sebab apa?Sebab bukit,makhluk yang besar itu tahu bahawa dia tidak mampu memikul tanggungjawab besar itu, tetapi manusia menerimanya kerana kita mampu memikul amanah ini! Amanah yang macamana?Amanah menepati masa!Wal Asr!

Kita sama-sama lemah,kita tidak sempurna tetapi kita perlu ingat,kita adalah yang terbaik,jadi adakah wajar yang terbaik tidak melakukan yang terbaik?Wajarkah YPM memberi kita RM350 jika mereka mampu memberi kita RM420?Wajarkah kita menjawab 10 soalan daripada 100 soalan sedangkan kita mampu menjawab kesemuanya?Common sense,tidak wajar!

Sebagai kesimpulannya,aq menyeru diriku dan diri semua yang membaca supaya kita menghargai setiap detik yang berlalu.Walaupun kita pasti rugi tetapi sama-samalah kita kurangkan seminimum yang mampu kerugian itu. Supaya,apabila di akhirat nanti,kita tidak menjadi orang yang rugi…