Saturday 28 April 2012


Assalamualaikum.

25 April 2012. ANZAC Day. Perayaan di Aussie. Orang berarak macam sambutan hari kemerdekaan kita.

Tak pernah tahu pasal Anzac Day? Tak pe. Dimaafkan. Sebab tinggal di Malaysia kan..Mana sempat nak ambil tahu pasal negara orang lain, negara sendiri pon x habes lagi.
Ok, saya tukar soalan. Pernah dengar pasal Gallipoli War atau perang Gallipoli? Apa??X pernah dngr juga? Okkeyy...
Macam mana pulak Gallipoli sahaja?? Tolong la jawab pernah. Please pretty, please..It's hurt to know that there are other people as ignorant or jahil as me once upon a time.
Tapi x apa. InsyaAllah, at least sekarang ni kita berusaha untuk tahu kan? Boleh baca ANZAC Day di sini.

Dh baca??? Alhamdulillah.
Tapi yang saya nk kongsikan kat sini bukan semata-mata pasal ANZAC Day, tapi perasaan saya bila 1st time tahu mengenai perkara ini.
Ini adalah tahun ke-3 saya di bumi Allah Aussie. Selepas dapat tahu mengenai GallipoliWar sewaktu tahun 1, setiap kali saya melalui ANZAC Day, nampak pak cik-pakcik, tuk wan-tuk wan berarak, saya terkenang Kamal At-Tartuk, kejatuhan KhalifahTurki Uthmaniyah dan saya yang jahil dahulu.

Lawaknya, saya rasa sudah cukup ilmu mengenai khilafah-khilafah dengan hanya belajar di sekolah.
Lawaknya, saya tak pernah dengar mengenai Kamal At-Tartuk sebelum tiba di Aussie.
Lawaknya, saya masih boleh bersenang lenang saat ummah sudah tiada khalifah.
Lawaknya, saya tak rasa pentingnya jawatan khalifah tu terus wujud.

Tapi... Alhamdulillah, saya sudah tahu apa yang saya kena buat which Allah dh state dengan terang lagi jelas daam Quran.
1) Khalifah di muka bumi (2:30)
2) Beribadah kepada Alah (51:56)

Mudah-mudahan saya berjaya beriman dengan ayat ni sesempurna mungkin, Doakan saya eh.
Dan saya doakan moga korang pon akan bersama-sama saya dalam proses ke arah kebaikan ni. InsyaAllah.



Wednesday 25 April 2012


Ada apa dengan CINTA a.k.a LOVE???<3 ;)

Salam akhawat yang disayangi fillah...hari ni terasa nk tulis something about love...yes LOVE =)...
Love is so broad...yes...Absolutely...Bila cakap tentang cinta...
Firstly, mestilah cinta Allah & rasul....lepas tu???
Cinta sesame makhluk,
Ibu, ayah, adik-beradik, kawan2, saudara-mara, saudara2 islam kita & dot dot dot....
Tapi, kadang2, ada juga terdetik dalam hati ni perasaan untuk memiliki cinta dari kaum adam. hmm...Betul tak? Angguk cepat, tak baik tipu. Hehe...




Iye, memang fitrah manusia inginkn cinta ini. Ini fitrah manusia yg Allah jadikan. Kalau takde fitrah untuk mendapatkan cinta kaum berlainan jantina, maybe ade something wrong somewhere kot, ;P...Tapi of course, kita semua nakkan hanya cinta yang halal dr kaum Adam....pemilik tulang rusuk kiri kita.....


Sometimes we ask ourselves, when will we find our Mr.right? My future spouse?....kadang2 terfikir...siapalah agaknye jodoh aku ni...baik ke tak? Pandai ke tak? Beriman ke tak? Etc2

Sebelum ni, before kenal tarbiyyah, ana dah letakkan siap2 ciri2 pasangan....mmg banyak betul ciri2 tu... Contohnya- kene pandai, hensem di mata saye, rajin, pakai glasses (tak tau knape? Tapi suke tgk org pakai glasses), kaya, pandai main piano(ridiculous kan??haha), bergaya, romantic & beragama, etc2...and the list goes on and on....Bila teringat, rasa kelakar & malu sangat la...knape la dulu, dunia je yg mengaburi mata, agama tu sbgai complementary je, bila orang tu dh ada ciri2 kat atas, barulah nk tengok agama dia, kalau takde tak pandang pun agama die....Astaghfirullahal azim....huhu :’(...

To be honest, ramai je yg approach ana sebelum ni, masa zaman jahiliyyah (ceh ceh , ana cite ni sbb ade point nk cakap sbnrnye), antunna pon same kan...ehem2.... tapi mase tu, semua ana tak berkenan sbb tak memenuhi ciri2 kat atas..ehhe....Tapi ade jugak beberapa org yg ade je ciri2 kat atas, tapi ana ni tak taulah kenapa...ana dulu pemalu sangaaaaaaaaaat...segan sangaaaaaaat dengan lelaki. Walaupun kalau lelaki tu dh penuhi criteria masa tu, ana akan act as if ana tk suka, buat macam benci sbb malu sgt nk mengaku suka, bila dia tanya soalan pun ana taknk jawab betul2 & pandang dia pun ana tak mau...segan ok!....In the end lelaki tu give up & menjauhkan diri.....lawak la bila ingat cerite dulu2...hehe

Tapi ALHAMDULILLAH!, syukur sgt2, nasib baik Allah campakkn rasa malu itu dalam hati walaupun waktu tu bnyk sgt jahiliyyah dlm diri....Kalau tak, mungkin dh terlibat dlm gejala couple2 yg tak sihat ni....ALHAMDULILLAH, Allah lindungi ana :’)...Semoga Allah lindungi kita semua dengan memberikan al-hayya'(rasa malu) di dalam hati.....Semoga cinta ana & cinta kita semua kepada kaum adam yg bukan muhrim ni nanti hanyalah untuk suami...Insya Allah....


Tapi bila dah kenal tarbiyyah, mindset ana berubah 360degree....seriously...kalau tak caye boleh tanye kawan2 ana dulu...hehe...Sekarang ni my criteria pn dh kenal tarbiyyah ;). Criteria sekarang pun dh berubah. Contohnya- kena ikhwah yg berdakwah & berada dalam tarbiyyah, orang yang taatkan Allah, orang yang banyak pengetahuan agamanya dan beramal dengan ilmunya.. Yang lain2 itu hanyalah complementary...Betapa tarbiyyah itu mampu mengubah, subhanallah...

Tapi untuk kita dapatkan jodoh macam tu, kite kenalah jadi macam tu kan, sbb Allah kata dalam surah An-nur, ayat 26, ”...Perempuan-perempuan yang baik, untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik”.


Layakkah kita untuk mendapatkan orang yang hebat agamanya kalau agama kita masih kaku dan layu?
Nak dapatkan seseorang seperti Saidina Ali, kenalah jadi seperti Siti Fatimah, Nak dapat seseorang seperti Abdullah Khairul Azzam kenalah jadi Ana Altanfunissa...Tak gitu? Hehe

"Be a WOMAN of the DEEN so that you deserve to be his QUEEN"
"Be a MAN of IMAN so that you deserve to be her MAN"


Tapi ingat, jangan pulak jadikan itu sebab untuk kita berubah...Berubahlah kerana Allah, untuk menjadi insan yang lebih baik kerana Allah, bukan kerana nk dptkan jodoh yg baik...Kena sentiasa betulkan  niat...
Kalau kita berubah menjadi lebih baik kerana Allah, kalau kita cuba dekatkan diri lagi kepada Allah & doa banyak2 kat Allah...Allah akan bagi “dia” kepada kita, Insya Allah....Yakinlah dengan janji Allah... Iye, Allah mmg sgt baik & sweet, the best planner ever =)

Tapi SEBELUM tu, kita kenalah bersungguh2 mencari cinta Allah terlebih dahulu, kerana itulah cinta yg hakiki.....Hook up with Allah, and Allah will hook you up with him <3

“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allaah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.” https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif
~Sheikh Mamdouh~

Kalau kita dh suka macam mane pun kan seseorang itu, kalau dia bukan jodoh kita, takkan menjadi juga...Jodoh itu memang ketetapan Allah, pemilik tulang rusuk kiri kita takkan berubah sampai bila2...

So, don’tworry too much, focus on your relationship with Allah first. Belajar untuk mencintai Allah, tarbiyyah & dakwah terlebih dahulu...Insya Allah, Allah will give him to you when you’re ready, bersangka baiklah dengan Allah...Semoga Allah menemukan kita semua dengan jodoh yg terbaik di dunia dan akhirat...Ameen...kerana setelah bernikah, "dia"lah pemilik cinta kita selepas Allah dan rasul...=) <3

"apa yang dikejar cinta duniawi yang tidak pasti
perlu dikejar cinta Ilahi yang sejati"



Friday 20 April 2012

10 Sikap buruk manusia yang dicela manusia

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net dan myibrah.com

Sunday 15 April 2012

Siapa nak GRADUATE ????




Alhamdulillah, akhir nya berkesempatan untuk join & meraikan graduation seorang kenalan di sini. Ramai yang datang mengucapkan tahniah & mahu bergambar dengannya. Suasana sangat best. Walaupon hanya ada family terdekat dan rakan-rakan bersamanya. Senyuman tidak pernah hilang dari wajahnya. Dengan segulung ijazah yang bakal diterimanya, secara rasmiya menandakan tamatlah pencarian, struggle, perjuangan, tension & stress baca buku untuk exam, tension tak faham soalan assignment, assignment tak cukup references, & banyak lagi la benda-benda yang berkaitan study.

Tapi........takkan semuanya bakal berakhir sejurus selepas kita grduate?

Bagaimanakah dengan perjuangan kita untuk menjadi super daie & individu muslim yg besstt ??

Our life is a big journey as a slave of ALLAH and a khalifah in this world~~

Tidakah kita termimpi-mimpi untuk graduate & memerima buku amalan bertaraf first class honours di tangan kanan bersama-sama dengan kunci Jannah dari ALLAH??

This is the ultimate graduation~

"Maka adapun orang yang catatan amalannya diberikan dari sebelah kanannya. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman dengan gembira" ( Al-Insyiqaq,84:7-9)

So....., tak mengapalah jika kita bersusah payah, pening kepala di dunia. Asalkan dapat bersenang-senang di syurga ALLAH kelak.



Ya ALLAH, hambaMu yang serba kekurangan ini berharap agar dapat graduate sebagai student yang cemerlang & menjadi seorang daie yang beeesssstttt di akhir pengajian di bumi kangaroo ni. HambaMu ni juga lebih and sangat-sangat berharap akan mendapat buku amalan daripadaMu di tangan kanan yang bertaraf first class nanti....Amiin.


Saturday 14 April 2012

Indahnya AlamNya

Assalamualaikum.

This is my second time menulis kat blog ni. Haish. Rasa malu dan bersalah sangat sebab tak mengimarahkan blog ni walaupon itu tanggungjawab saya. Mianhe everyone =(. Semoga penulisan tahun ni lebih beristiqamah. Doakan saya eh.

Saya nak bercerita pengalaman saya ke Blue Mountain for 2 days (11-12/4/2012). Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan kami. Weather forecast kata both days raining, jadi kami agak risau nak meneruskan jaulah kami. Tapi, kami biarkan Allah uruskan perkara itu memandangkan kami tiada kuasa pon untuk berusaha bagi takde hujan kecuali berdoa. SEGALA puji bagi Allah, walaupon hari tu hujan, kami sampai tempat tu after dh abes ujan atau baru nak hujan, kitorng dh gerak g tempat lain. Memang Allah is the Best. Kami pergi bertiga sahaja walaupon cadangnya nk buat jaulah rumah. Tapi keadaan tidak mengizinkan.


Ni la 2 org lagi housemates saya yang berjaulah bersama-sama.

Ni adalah skyway yg kitorang naik.

Kalau korang rasa skyway tu paling best kat Blue Mountain ni, korang memang silap la. No no no no. The best part of this place is not what humankind made, but what Allah, our Creator made.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Cantik sangat Blue Mountain tu. Meh nak tunjuk gambar. Kalau korang mampu, korang pergila tengok sendiri. Korang akan rasa amaze yang berganda-ganda. Just. WOW. Hebat betul ciptaan Allah.

Nampak tak ada awan warna hitam on one side and white on the other side? Amazing right?

Kalau saya tengok dari pemandangan atas, nampak macam brokoli je hutan2 ni

3 puncak bukit from your right side tu is Three Sisters. Boleh google kalau nak tahu knapa nama dia macam tu.

Lihat gunung-gunung ni teringat ayat:

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang.” (Luqman:10)

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan dan gunung-gunung sebagai pasak?” (An-Naba:7)

Bila korang tengok langit, MasyaAllah. Speechless kan?? Takde part yang cacat pon.

“Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (Al Mulk: 3-4)

Tapi, semua2 benda ni hanya dapat dirasa bila kita menjadi orang yang berfikir mengenai kebesaran Allah. Boleh dengar lagu kumpulan Mirwana 'Hikmah Kembara'. Best sangat.

All in all, I leave you guys with this ayah to ponder and reflect ourselves.

"Katakanlah, "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikalah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu. Katakanlah,"Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. Dan Kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-An'am: 11-13]

Wassalam

Wednesday 11 April 2012

Nothing...compared to them...

Assalamualaikum akhawat yang disayangi fillah =)....Rase macam lame semua tak update blog ni kan.....dah bersawang dah....cume spiders je takde lagi ;)

hmm..Mane semua ahli2 ZI yg bersemangat menulis blog dulu? Makin lame makin sunyi blog ni...rindu la kat tulisan semua..Jom terus tulis untuk Allah nak? Sampaikan walaupun sikit? Bak kate manusia yg paling hebat dalam dunia, Rasulullah s.a.w- “Balighu anni walau ayah”Sampaikan dariku walaupun satu ayat.....Jom same2 kite sampaikan something walaupun melalui medium ni....Allah tgk usaha kita bukan natijah....Jadi walaupun takde orang baca apa kite tulis, it’s ok, setiap perkataan yg kita tulis dgn niat ikhlas kerana Allah untuk menyampaikan islam walaupun sikit, pahala itu akan berjalan....Sweetnye Allah tu kan =)...Jom ambik peluang tu...

Insya Allah hari ni nk share something

Hmm...baru2 ni ana rase banyak sangat benda yg jadi...banyak sangat yg mengconfusekan fikiran ni....entahlah....kadang2 kite ni tend to rase macam nk lari from masalah...masalah dak’wah ke, masalah banyak sgt nk kene blaja ke, assignment yg bertimbun ke,masalah membahagikan masa, masalah membuat keputusan, etc...Tapi nak taknak kene deal jgk dgn problem....Rasa sgt overwhelmed dgn semua benda...adoii...

Tapi ingatlah, semuanya ade solution....Banyakkan doa dekat Allah dengan ikhlas hati, minta Allah beri guidance kat kita dalam buat sesuatu keputusan, selesaikan problem....sbbnye manusia ni lemah, kene uji sikit dh lemah, prone to make the wrong desicion & selalu confuse... Jadi please ask Allah for help & carilah ape2 wasilah & berusaha untuk selesaikan prob tu....

Pointnye dekat sini, problem kite ni KECIK je kalau nk dicomparekan dengan Muslim brothers and sisters kite dekat Palestin, Tunisia, Mesir, Syria, Bahrain...etc.... Setiap masa mereka berjihad, setiap masa mereka dalam ketakutan, menunggu saat nyawa hilang, ditindas, dicabul, diseksa, hidup dalam kelaparan, takde keselesaan, takde kebebasan, apatah lagi nk duduk dgn aman macam kite ni...MASALAH mereka ialah untuk menegakkan islam, perjuangkan hak umat Islam, membangkitkan Islam...MASALAH kita? Hanya berkisar tentang diri sendiri?? our problem is NOTHING compared to them... Selfishnye kite ni kalau kita berdiam diri, hnya fikir masalah sendiri.....Kenapa nk mengeluh? Kenapa nk mengeluh? Kenapa nk mengeluh?

Allah uji kite sebab Allah sayang kita, nk kita jadi lagi kuat & Allah nk berikan kita syurga, Ujian yang kita dapat pun tak sebesar mane compared to brothers & sisters kite yg telah bermandi air mata, peluh dan darah untuk Islam...

Mereka berjuang bermati-matian untuk islam takkan kita nk relax je? takkan buat kerja dakwah sikit dh penat, dah takde masa, dah rase buat banyak & nak claim bantu agama Islam ??? Owh malunye =(

Teringat ayat ni

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali-Imran: 142)

Jom kita fikirkan problem yg lebih besar, masalah umat, sbbnye kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri, kita kene hidup untuk ummat macam rasulullah yg sentiasa fikirkan tentang ummat dan berbuat sesuatu untuk ummat hinggalah ke akhir hayat baginda...Kita?? adakah masih hanya fikir tentang diri sendiri & masalah sendiri?

Jadi, kite mula dulu dengan diri masing2...UBAHLAH DIRI KITA! Ubah diri kita menjadi seorang yang lebih serius bekerja, lebih ikhlas, lebih matang, lebih baik dan lebih sensitif dalam masalah umat...Seperti kata Imam Hassan Hudhaibi "Tegakkan Islam dalam dirimu, niscaya akan tertegaklah Islam di sekelilingmu".

Ana ingin menyeru diri ana dan semua akhawat yang ana kasihi "Perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain"....Kalau kita buat program, bantu hal2 dakwah tapi kalau dalam diri sendiri masih kurang tarbiyyah, masih tak berusaha nk berubah, apa yang kita nk sampaikan sebenarnye?Macam mane diri sendiri nk claim bawa Islam/ menyampaikan Islam kalau diri sendiri tak betul2 berusaha nk amalkan Islam? Reflect2 la ye.....

“Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak ~. Perbaiki dirimu dan serulah orang lain

Jom berusaha! & jangan lupe untuk doakan juge saudara2 Islam kita di sana

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Rasulullah saw juga telah bersabda

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.

(Hadith riwayat Bukhari)

Wallahualam