Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah,
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari
Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan
(hartanya), baik diwaktu lapang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang
menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang
yang berbuat baik. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap
dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah. Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka
itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik
pahala orang yang beramal (Qs. Ali Imran 133-136).
Tertarik sungguh dengan kata-kata pembuka
ayat di atas.
“bersegeralah kepada ampunan dari Tuhanmu”
“bersegeralah kepada
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi”
Saya bayangkan seolah-olah Allah sedang berkata kepada
kita, sedang tawar-menawar kepada kita dengan sangat mengalu-alukan, ibaratnya macam
orang yang menawarkan barang yang di jual kedainya. Ataupun Allah seolah-olah
memberitakan kepada kita, ada jualan hebat yang sedang berlangsung. Kalau kamu
nak, bersegeralah mengejarnya!
Apa yang ditawarkan oleh Allah pula bukan
lah sebarangan barang tapi syurga dan ampunanNya. Siapa yang tak nak? Bahkan
berani saya katakan seburuk-buruk manusia pun, syurga dan ampunan Allah lah
perkara yang sangat-sangat diharapkan.
Kenapa saya memilih untuk berkongsi ayat
ini ye? Jom saya bawa pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian kepada
situasi berikut. Pernah tak bila datang waktu kita dalam kesempitan, sebagai
contoh kesempitan wang, kita mula akan teringat kembali jumlah-jumlah wang yang
telah kita laburkan di jalan Allah? Kita mula berkira-kira kembali jual beli
yang dulu telah kita dagangkan di jalan Allah? Atau mungkin datangnya kesempitan
waktu, kita akan mula membilang-bilang setiap minit dan saat yang telah digunakan
di jalan Allah? Sehingga mungkin akan timbul sedikit bibit-bibit sesal dalam
hati kita.
Kemudian, kita mungkin akan mula berfikir…
“kalaulah aku
tak bagi sekian sekian sekian, mungkin aku akan sekian sekian sekian”
“kalaulah aku
guna masa aku untuk sekian sekian, mungkin assignment aku akan sekian, sekian,
sekian”
Shush you Satan -_-
Senang cerita, kejadian seperti dalam
konteks di atas lah yang telah saya alami. Astagfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Setelah berada dalam situasi sebegitu lah membuatkan saya ingin berkongsi ayat
yang sangat cantik dari surah Al Imran ini, yakni ayat yang memberitakan ciri-ciri
orang bertakwa. Dan, apakah ciri pertama yang Allah sebut?
“orang-orang yang menafkahkan (hartanya),
baik diwaktu lapang maupun di waktu sempit”
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cantik
sungguh hidup saya rasakan at the moment Allah hadirkan seorang sahabat ini,
dan dia berkata kepada saya dengan kata-kata beliau yang sangat lah cantik,
secantik dirinya.
Isinya lebih kurang begini lah…
“Kenapa nak mengungkit balik tentang dagangan kita yang memang benar lagi
sah Allah dah janjikan ganjaran kebaikan darinya?”
“Kenapa nak berkira-kira bila kita telah memberi lebih dari orang lain
sedangkan kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberi
kemampuan yang lebih baik kepada kita untuk menyumbang?”
Allahuakbar rasa macam ditampar - tampar.
Sungguh, rupa-rupanya nak jaga keikhlasan itu bukan senang. Susah! Susah
sangat! Bukan setakat waktu kita memberi, bahkan hari-hari selepasnya.
Rupa-rupanya bila-bila masa sahaja kita sendiri
boleh merosakkan amalan yang kita dah cuba sedaya upaya untuk mencantikkannya. Baik
dalam kita sedar atau tak. Hari ini pun ada juga seorang sahabat yang berkongsi
status facebook sahabatnya yang lain, yang membuatkan saya “snap”. Hmm, ini
salah satu contoh status facebook yang baik okay.
“Kalau ikhlas, kenapa nak kecewa?”
Snap. Snap. Snap. Kata-kata di atas
seolah-olah nak cakap kepada saya…
“Kalau ikhlas kenapa nak berkira?”
“Kalau ikhlas kenapa nak mengungkit?”
“Kalau buat kerana Allah, kenapa nak berfikir-fikir,
nak susah hati?”
Memang, tarbiyah Allah lah yang paling
cantik. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Saya kira
peringatan-peringatan yang Allah salurkan melalui sahabat-sahabat saya yang
dikasihi Allah ini sebagai tanda masih banyak lagi penyakit hati dalam diri yang
perlu dirawat. Hati belum cukup sensitif lagi. Ikhlas dalam diri masih sangat
muda lagi lembik. Ewww. Sangat senang untuk diusik dan dipatah-patahkan.
Tsk
tsk tsk tsk. Facepalm L
picture credit @ummuhafiz.tumblr
Pada pendapat saya yang masih sangat
kurang ilmunya ini, kita perlu sentiasa reflex hati kita. Antara perkara lain yang mungkin kita boleh buat adalah dengan berkongsi cerita dan perasaan dengan
sahabat yang boleh dipercayai supaya kita tidak tergolong dalam golongan
orang-orang yang dengan sengaja atau tak, “bersegera melarikan diri dari
tawaran hebat Allah - ampunanNya dan syurgaNya”.
Mudah-mudahan tidak. Amin.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment