Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan antunna semua. Saya percaya setiap daripada kita mesti mengalami "something" at least dalam satu hari yang membuatkan diri kita ter'snap', ter'zappp' takpon ter"dussshhh" sekalipon kan. Alhamdulillah Allah nakkan kita diberi peringatan macam tu. Terasa Allah sangat sayangkan kita (^_^) Lagi banyak "snap", "zapp" dan ""dusshh" yang kita rasa dlm hati, lagi banyak perlu kita bersyukur sbb Allah nak beri kebaikan kepada kita dgn bagi peringatan mcm tu. Kadang-kadang kita ni memang perlukan suatu peringatan yang impactnya bagaikan disepak dan diterajang2, baru la nak tersedar drp lena kan (Perlunya banyak muhasabah diri. Sungguh aku sangatla hamba yg lemah....)
Untuk post kali ni jugak, saya nak berkongsi tentang satu peringatan yang Allah turunkan melalui sahabat2 yang saya kira memang habis "snap", "zappp" dgn "dussshh" laa. Pernah tak antunna rasa kadang-kadang baca ma'thurat dengan laju-laju bak bullet train kat japan tu, tanpa sempat pon memahami setiap kalimat yang dilafazkan? Takpon pernah tak baca ma'thurat sambil mengantuk tersenguk2? Kalau xpernah, alhamdulillah :) Tapi apa yang nak disampaikan di sini ialah kesungguhan kita ketika baca ma'thurat tu. Alhamdulillah, diingatkan oleh Allah tentang pentingnya kita untuk betul-betul memahami ma'thurat dan merasai keindahan amalan ma'thurat tu;
- Tidak guna berguru beriya-iya ke Rabaah (kelas quran) jika tak cuba amalkan bacaan secara tawatur dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, ma'thurat. Ramai yang membaca seperti kereta api kan? Oh, bukan! Seperti metro..
- Ada seseorang terdengar bacaan ma'thurat oleh sekumpulan orang Indonesia dari jauh. Kedengaran sungguh pelik. Apabila didekati, rupa-rupanya mereka membaca sambil menangis teresak-esak kerana mengahayati isi kandungannya. (jika dibandingkan dgn diri sendiri..oohh malunye)
- Kita perlu bersungguh-sungguh berdoa (bukan membaca doa) walaupun “Allhumma ‘afini fi badani…” Cubalah berdoa bersungguh-sungguh. Sematkan dalam hati seperti, “Ya Allah, berilah aku keishatan yang baik agar aku dapat belajar dengan baik, berjuang untuk agamaMu…”
- Setiap ayat-ayat mathurat ada kelebihan-kelebihannya sendiri. Sedarkah kita setiap kali menyebut “Allhumma anta rabbi..” dalam sayidul istighfar itu, kita sedang melafazkan suatu kalimah tauhid yang agung? “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku..” Kalimah itu terkadang lalunya di bibir sedang hati sudah di dapur, mengenangkan ayam black pepper semalam yang sedap ~~
- Mathurat: adat atau ibadat? Sila muhasabah wahai pengamal-pengamal mathurat sejak sekian lama. Mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya yang dikumat-kamitkan itu setiap lepas subuh dan asar. Ia bukan jampi serapah! Ia adalah doa yang ma’thur yang diamalkan Rasulullah dan bukan dibaca kerana Hassan Al-Banna yang mengumpulkannya hingga menjadi sebuah naskah seperti hari ini!
Walaupun membaca istighfar dan dalam kalimat doa2 dalam ma'thurat, pentingnya untuk kita buat dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh bersungguh-sungguh untuk baca notes lecture ngan study buku yang tebal satu meter, kenapa tak boleh baca ma'thurat dgn bersungguh-sungguh, yang hanya ambil masa 15 minit je? Snap!!!! Zaaaappp!!!! Dussshh!!!!
No comments:
Post a Comment