Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, kerana masih memberikan kesempatan untuk kita terus mengecap nikmat hidup..Ehmm,, just nak cakap yang saya suka artikel nih! ^_^
MATLAMAT HIDUP MANUSIA
Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh akidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ala mini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang-binatang berserononk. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi Khalifah di bumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa pengujung.
Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.
Ada orang berkata; “si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup”. Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah hidup kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa
manusia hidup?
Adapun para materialism mejawab; “sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia”.
Manakala orang beriman menjawab; “manusia hidup hanya kerana Tuhannya Yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi”. Firman Allah SWT; “maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (engan yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar”. (Al-Mukminuun: 115-116)
Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya dengan orang yang hidup untuk Tuhannya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.
Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari Tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus-lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.
Dengan perkataan lain; “manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya. Alangkah benarnya perkataan Al-Quran; “Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja” (An-Nisaa’: 77)
(Dr Yusof Al-Qaradhawi, Kemanisan Iman (terjemahan), 2000, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 111-112)
seronok kan??..lain perasaannya...
Nurul Atiqah Johari
No comments:
Post a Comment