Ingin berkongsi satu wabak yang selalunya akan hinggap kepada para daie (tak terkecuali diri sendiri).
Futur?Apa itu futur?
Dari sudut bahasa ada dua maksud. Pertamanya, terputus langsung selepas bersikap konsisten dan berhenti selepas bergerak. Kedua, bersikap malas, bertangguh-tangguh dan melambat-lambatkan dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan "efficient".
Maksud dari segi istilahnya ialah sejenis penyakit yang pada tahap biasa akan membawa para daie kepada sikap malas, bertangguh dan lambat. Pada tahap kronik pula, futur dapat membawa kepada putus langsung selepas bersikap konsisten dan komited sebelum ini.
Bahaya futur
Risiko jika tak menjauhkan diri drp wabak ni:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.
Cerita disebalik ayat ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah dialog antara Allah dan Nabi Adam A.S bilamana Allah menawarkan amanah ini kepada baginda lantas baginda bertanya tentang amanah ini. Allah berfirman kepada Adam:
إن أطعت غفرت لك وإن عصيت عذبتك
"Jika kamu taat, Aku akan mengampunkan kamu dan jika kamu gagal melaksanakannya, maka azabKu bagimu"
Maka bahaya pertama adalah amanah terabai dan sekaligus dijanjikan Allah dengan azabNya atas mereka yang memungkiri janji dalam melaksanakan amanahNya.
2.) Gugur di jalan dakwah
3.) Mengakhiri hidup dalam keadaan futur
Sabda Rasulullah s.a.w :
إن العبد ليعمل عمل أهل النار وإنه من أهل الجنة ويعمل عمل أهل الجنة وإنه من أهل النار، وإنما الأعمال بالخواتيم
Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga dan ada yang melakukan amalan ahli syurga sedangkan ia termasuk dalam golongan ahli neraka, sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada penghujung hidupnya
Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga dan ada yang melakukan amalan ahli syurga sedangkan ia termasuk dalam golongan ahli neraka, sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada penghujung hidupnya
Dibimbangi jika kita futur dan kita mati, maka amal baik yang dilakukan sebelum ini menjadi debu dan sia-sia.
Faktor menjadi futur
1.) Melampau dan berlebih-lebihan dalam mengerjakan perkara agama
2.) Terlampau menumpukan kepada perkara2 harus seperti makan, minum, tidur etc
3.) Perpecahan yang berlaku dlm jemaah, (pemimpin putus asa atau ahli bosan dengan perpecahan dan trus mengasingkan diri)
4.) Kurang ingat mati dan hari akhirat
5.) Kurang ibadat
6.) Masuk benda2 haram dan syubhah dalam kantung perut masing2
7.) Menumpukan satu perkara dalam agama dan bersikap acuh tak acuh terhadap perkara lain
8.) Sambil lewa terhadap sunnatullah dalam kehidupan
9.) Bersahabat dengan orang yang takde cita2 besar dan azam yang tinggi
10.) Takde persediaan menghadapi liku2 dalam dakwah
11.) Tak bagi hak kepada badan dek kerana terlampau banyak kewaajipan dan kurang aktivis dakwah
12.) Melakukan maksiat besar atau kecil
Penawar futur
1.) Baca al-Quran dan ambil pengajaran drp kisah2 al-Quran
2.) Menyelami Seerah Nabawwiyah
3.) Melazimi solat jemaah
4.) Banyakkn amalan sunat, zikir, bg salam dan sbgnya
5.) Mengelak drp melakukan perkara makruh
6.) Selalu bersama org soleh
7.) Menghadiri majlis ilmu
8.) Selalu berhubung sesama ahli
9.) Berdisiplin dan pengurusan yang baik
10.) Menjaga masa
11.) Kreatif dalam membina aktiviti
12.) Membina kesatuan fikrah dan amal
13.) Melazimkan diri dengan aktiviti jemaah
Semoga kita ditetapkan hati untuk sentiasa berada di jalanNya. Amin..
Credit to benkareem.blogspot
No comments:
Post a Comment