Sunday 29 July 2012

Menulislah kerana Allah walaupun ia tidak dipandang manusia

Baru2 ni terasa berat sangat untuk menulis dan menyampaikan Islam melalui penulisan....Menulis blog ini bukanlah medan utama untuk berdakwah tapi Insya Allah selagi kita menulis kerana Allah....setiap perkataan yg ditulis itu akan ada nilainya di sisi Allah....teruslah menulis walaupun tiada yg membacaNya, walaupun tiada yg menghargainya....ketahuilah akhawat, Allah sentiasa menilai dan mengira segala usaha kita...walaupun sekecil zarah....

Terkesan dengan kata2 ni:

“Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mau membacanya. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah pengemban dakwah, sebagai satu bentuk partisipasi kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan menegakkan dien dan meninggikan panji-panjinya.” -Dr. Abdullah Azzam

Kalau sekadar buat program2 Islam sekali-sekala, hadir usrah seminggu atau dua minggu sekali & nk claim yg kita ni dh berjihad di jalan Allah- sangatlah tak layak!!!...malu je (T_T)...Apa sgt la yg kita dh buat untuk Islam??, kata nk jadi daie, takkan lah nk menulis sikit pun dh berkira masa?? tapi facebook boleh pulak nk buka selalu... Kalau tengok para nabi & para sahabat ,sepanjang masa mereka menyampaikan Islam, tak pernah berhenti tak pernah lelah...kalau penat mereka akan solat! Masya Allah....Itulah erti penat & kerhatan yang sebenar. Kita kalau penat buat ape je? setakat pergi balik Uni & hospital dah tak larat & dah malas nk bergerak...bukanlah kene jalan jauh sgt pun & ade je kereta nk kemana2...Para sahabat tu berperang, menyebarkn Islam & membuka empayar islam dgn berjalan kaki, bekalan makanan pn tk sebanyak kita...Apakah alasan kita?. Mereka juga menggunakan secara cara untuk menegakkan al-Haq kerana mereka benar2 yakin ia agama yg benar yg perlu ditegakkan! Allahuakbar

Nabi Nuh berdakwah selama 900 tahun kurang 50....namun yg masuk Islam sgt sedikit... macam2 cara yg beliau guna untuk menyampaikn dakwah. Jadi jangan pernah pandang remeh untuk menyampaikn Islam melalui cara blog, facebook twitter, etc walaupun itu bukanlah medan utama tabiyyah dan dakwah kita...Kita kene ingat, kita adalah daie sebelum profesi lainnya...Ingat tak? Nahnu duat kobla kulli shai'in....kita adalah daie sepenuh masa....Kita adalah daie sebelum student, daie sebelum seorang anak, atau kakak, etc....Jadi kita kene sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar, menunjukkan qudwah yg baik & beramal dgn apa yg disampaikn dgn cara apa sekali pun...


Teruslah berusaha untuk menyampaikan Islam walaupun sedikit & istiqamahlah...Yang penting kena betul2 ikhlaskan hati untuk Allah...purely for the sake of Allah...Kadang2 ada rasa malas tu sbb iman itu yazid wa yankus....tapi kalau rasa malas, buang malas tu jauh2...malas itu ialah satu dosa...& ia menyebabkn hati kita kotor....hati yg kotor menyebabkn kita jauh dari Allah...Itu adalah indication yg kita kena tambahkn lagi amalan kita untuk membersihkan hati....Ingat lagi analogi kopi susu?...Janganlah keseronokan dunia yg sementara ni melalaikn kita dari melakukan tanggungjawab kita...

Teruslah bergeraklah untuk Ad-deen....Allah sentiasa bersama kita selagi kita membantu agamaNya

Jangan sampai dunia ini menggelapkan hatimu, jangan sampai dunia yg sementara ini melalaikan mu...
Jangan sampai dunia ini menyebabkan engkau lupa akan tujuan hidupmu

Muhasabahlah wahai diri

"Dan siapakan yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya?....(32:22)



No comments:

Post a Comment