Sunday 16 September 2012

Plan Kita or Plan Allah?


Manusia dibesarkan dengan kemahuan. Tak pernah kita merasa cukup. Dengan kemahuan itu juga manusia sangat banyak merancang hidupnya. Merancang masa depannya. Tapi jangan kita lupa, sehebat mana kita merancang, sebaik mana pun, se "details" mana pun, kehendak Allah juga lah yang akan terjadi. Sebagai seorang hamba Allah, penting untuk kita yakin dengan segala yang Allah tentukan untuk kita. Kalau kita pandang setiap yang terjadi dalam hidup dari kacamata seorang muslim, mesti kita dapat rasakan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita sendiri pun tak tahu baik buruk sesuatu perkara. Mungkin sekarang kita rasa kan sesetengah perkara buruk/tak sesuai bagi kita, tapi boleh jadi "somewhere in near future" kita dapat rasakan perkara yang telah berlaku itu lah yang terbaik. Hmm, pening tak ayat saya? Senang cerita, jom kita tengok contoh paling dekat iaitu diri sendiri. Pernah tak sekarang kita terfikir sesuatu perkara yang macam tak berapa nak best yang telah berlaku dulu sebenarnya membantu kita menjadi lebih best pada hari ini? Hah, semua orang mesti ada moment itu kan? :o

Okay, so pakai lah kacamata seorang muslim, insyaAllah hidup akan kita rasa cantik je selalu. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment